Hanya 10 minit bergelar suami isteri, kebahagiaan Johnnie Mae Davis direnggut apabila pengantin lelaki, Toraze Davis meninggal dunia secara tiba-tiba akibat darah beku. New York Post melaporkan kejadian menyayat hati itu berlaku pada 19 Jun lalu. "Toraze tidak dapat diselamatkan," kata tetamu di majlis perkahwinan, Jewel Roberson kepada sekutu CBS, KCCI News di Des Moines, Iowa di Amerika Syarikat. Pasangan dari Omaha, Nebraska itu dilaporkan memilih untuk berkahwin pada tarikh tersebut sempena cuti dan hari jadi nenek Johnnie Mae. Menurut rakan-rakan, pasangan itu tidak sabar-sabar untuk meraikan hari istimewa mereka selepas melalui dua kehilangan baru-baru ini, termasuk kematian bapa Johnnie Mae. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT