Rombongan kenduri kahwin disambut meriah, lain dari yang lain iaitu dengan asap suar berwarna biru dan hijau sehingga mencuit hati pengguna media sosial. Menerusi video yang dimuat naik @qmslyan4, kelihatan suar itu menghasilkan asap tebal bagi menyambut tetamu pada majlis perkahwinan tersebut. “Pertama kali disambut rombongan kenduri macam ini. Terus masuk ke alam bunian,” tulisnya di ruangan kapsyen. Biasanya suar digunakan untuk memberikan isyarat kepada orang dari jarak jauh, terutama dalam situasi kecemasan. Suar yang menghasilkan asap berkepul-kepul ini juga memudahkan ia dikesan dari jauh, selain warnanya untuk membezakan antara kabus atau asap semula jadi. Sehingga kini video itu meraih 1.2 juta tontonan, 63,500 tanda suka dan 12,600 perkongsian. Tinjauan di ruangan komen mendapati, ramai pengguna terhibur dengan situasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan dianggap unik. Sumber: KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT