CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Riz, Neelofa Syukur Dapat Tumbang Lembu Ikut Ciri Dalam Al-Quran

29-6-2023 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7990| Komen: 150

Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan isteri, Neelofa bersyukur lembu yang ditumbangkan untuk ibadah korban mempunyai ciri-ciri seperti disebut dalam al-Quran.


PU Riz berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selain disebut dalam al-Quran, mereka juga ingin memberikan yang terbaik untuk ibadah korban.



IG


"Alhamdulillah, kami dapat lembu yang cantik tahun ini. Mungkin ada orang rasa macam pelik apabila kita bincang pasal lembu, tetapi kita kalau nak korbankan lembu, kena mengikut ciri-ciri yang ditetapkan.


"Antaranya, adakah lembu itu bertanduk, mempunyai bonggol, saiz lembu dan warnanya, seperti yang disebut dalam surah al-Baqarah.


"Kami bersyukur dapat lembu yang cantik, ada bonggol, bertanduk, besar dan berwarna putih.


"Tahun ini kami akan tumbangkan dua lembu. Satu untuk majlis korban di kampung dan satu lagi dibuat di Kuala Lumpur," katanya kepada BH Online.


Mengulas Aidiladha tahun ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata seperti biasa ia akan disambut secara sederhana.




"Aidiladha disambut seperti biasa, serba sederhana. Cuma, kami akan beraya bersama adik beradik sahaja kerana orang tua kami pulang ke kampung.


"Secara kebetulan, ibu bapa mentua saya juga tiada di Kuala Lumpur kerana pergi bercuti.


"Bagaimanapun, saya akan mengundang adik-beradik untuk beraya bersama dan melihat majlis korban yang akan dilaksanakan," ujar pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 ini.



Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 29-6-2023 06:08 PM
Sndiri pnye je under kasih lopak
Quote bedahmenjuyah 29-6-2023 06:19 PM
Semua benda pun nak cerita. Terpaling lembu pula kali ini.
Quote Nozot 29-6-2023 06:31 PM
bedahmenjuyah replied at 29-6-2023 06:19 PM
Semua benda pun nak cerita. Terpaling lembu pula kali ini.

Tertekan report kaka, ya ampun..
Tapi komen nie win
Quote Bambam12 29-6-2023 06:36 PM
Okay lah.. tp kalau senyap² lagi bagus kan..
Quote Pak.dolla 29-6-2023 06:41 PM
tiap²  tahun cerita yg selalu di ulang² selain SPM, mengandong....yg lain sambung....
Quote boojaat 29-6-2023 06:51 PM
Terpaling lembu?
Quote Buritan 29-6-2023 07:04 PM
bedahmenjuyah replied at 29-6-2023 06:19 PM
Semua benda pun nak cerita. Terpaling lembu pula kali ini.

Dia punya ibadah Allah terima ke ekk dah semua terpaling.. abis tuu aku yg korban lembu kurus mcm sakit TB tuu Allah tak terima kee.. bkn tak nak cari lembu yg gedempol masalahnya duit aku yg simpan cuma cukup utk yg sakit TB je.. hahahaha.. sian aku..
Quote jejaka_hensem 29-6-2023 07:27 PM
Terpaling lembu pulak,
Quote jejaka_hensem 29-6-2023 07:28 PM
Buritan replied at 29-6-2023 07:04 PM
Dia punya ibadah Allah terima ke ekk dah semua terpaling.. abis tuu aku yg korban lembu kurus mcm  ...

InsyaAllah sis,korban sis diterima asalkan niat sis kerana Allah.
Quote Nozot 29-6-2023 07:35 PM
Buritan replied at 29-6-2023 07:04 PM
Dia punya ibadah Allah terima ke ekk dah semua terpaling.. abis tuu aku yg korban lembu kurus mcm  ...


Quote Kancilkering 29-6-2023 07:49 PM
warna putih…kata nya

ada tanduk bongol bgai

teringat thaipusam ada gak lembu camtu
Quote Samerosie 29-6-2023 09:07 PM
Jab jab, bukan ke ibadah qurban ni dr nabi ibrahim saa dan nabi ismail saw, surah al baqarah pula pasal Allah suruh yahudi ni ssmbelih lembu lepas tu depa duk main2 kan suruh nabi musa saw tanya lembu jantan ke betina, umur berapa kaler apa semua tu.  Salah konsep kau laki bini ni, patut kau korban kan qibas bari terpaling kan.
Quote sunshinelady 29-6-2023 09:09 PM
bedahmenjuyah replied at 29-6-2023 06:19 PM
Semua benda pun nak cerita. Terpaling lembu pula kali ini.

kAhkahkakhkah terpaling lembu.
kan?

kengkadang aku rasa mcm diorang ni nak kasi reminder sikit-sikit. tapi bunyinye banyak mcm showing off, berlagak, bangga diri je kan.
Quote hokeypokey 29-6-2023 09:20 PM
yela ko sorg jer lah yg terpaling patuh syariah
Quote codenamedream 29-6-2023 09:21 PM
Dengan lembu pun nak racist.. Nak putih

Black lives matter
Quote slyfynx 29-6-2023 09:26 PM
Dalam AL-Quran ade bg tau suruh cerita kat semua org ke?
Quote Binodino 29-6-2023 09:40 PM
Macam ada bau2 riak di situ. Yang ciri2 lembu dalam surah al-Baqarah tu bukan ke didetailkan sebab bani isroel banyak cengkadak soal macam2 sedangkan perintah Allah suruh sembelih lembu je?

Kali ni tunggang lembu pulak.
Quote Realpeople17 29-6-2023 09:57 PM
codenamedream replied at 29-6-2023 09:21 PM
Dengan lembu pun nak racist.. Nak putih

Black lives matter

Sbb tula dia marah and sentap bila ada yg kata dia ada kembar warga bangla. Bangla tu kn agak gelap kulit dia. Cuba ada yg samakn dia ngan mat salleh. Msti senyum smpai telinga. Sbb tu dia suka edit dia ngan ronaldo. Prasan rupa dia ala2 ronaldo ke??
Quote Whitney72 29-6-2023 09:57 PM
Ooo...pandai pulak nk pilih lembu trbaik..tp hasil duit utk korban tu halal ke x? Plot swicth n twist je dgn ejen kan

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.058403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top