Seorang wanita yang mengalami cirit-birit teruk terkejut apabila pihak hospital terpaksa memotong jari tangan dan kakinya diptong akibat komplikasi yang dialaminya. Dia yang baru berusia 30 tahun dari Chon Buri, Thailand dikejarkan ke pusat perubatan untuk rawatan kecemasan pada 12 April selepas didapati mengalami tekanan darah rendah yang kritikal.
Suaminya, Chai berkata, doktor memaklumkan isterinya mengalami kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialisis. Dia mendakwa dia diberi borang kebenaran untuk ultrasound dupleks karotid walaupun isterinya kelihatan tidak pasti tentang pembedahan itu, Chai memberi kebenaran kepada kakitangan perubatan. Tetapi Chai, 42, terkejut apabila mengetahui isterinya diberi pembedahan usus buntu dan perlu berada di hospital sehingga 20 April berikutan prosedur itu. Namun, isterinya tidak diperiksa oleh mana-mana doktor kerana cuti Songkran. Lama kelamaan, Chai mendapati keadaan isterinya mula merosot sehingga jari tangan dan kaki menjadi hitam selain tidak bertindak balas semasa perbualan. Pemeriksaan yang dilakukan pasukan perubatan kemudiannya mendapati itu mengalami sepsis iaitu jangkitan darah serius yang boleh menyebabkan paras oksigen menjunam. Dalam usaha untuk menyelamatkan nyawanya, doktor memotong semua jari kanannya, beberapa jari dari tangan kirinya dan kesemua jari kakinya. Wanita itu akhirnya telah keluar dari hospital pada 26 April. Sumber: mStar |
Tinot7 replied at 29-6-2023 04:22 PM
Ehh ngerinya..
Levespa replied at 29-6-2023 06:12 PM
Usus buntu tu appendix
Levespa replied at 29-6-2023 06:12 PM
Usus buntu tu appendix
Bipolajourney replied at 29-6-2023 01:43 PM
Tolong berikan nombor report yang diberikan oleh BumpIQ/Oyomiow/Ayamph/Blackbird/Dudaberhias kepada ...
tikusmontok replied at 29-6-2023 11:15 PM
Semua thread kena sabotaj...mamposss
sharlenetexas replied at 29-6-2023 11:26 PM
Dejavu kisah spam minyak kelapa dara darsita.
ADVERTISEMENT