CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Sampel Makanan Dah Disimpan, Kau Tunggu!’ - Hampir 10 Kucing Mati Diracun Dalam Kampus Universiti Awam

29-6-2023 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2924| Komen: 46

Perbuatan individu yang tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup meracun hampir 10 ekor kucing di kampus sebuah universiti tempatan, mengundang kecaman pengguna media sosial.


Ramai pengguna Facebook mengecam keras tindakan tidak berperikemanusiaan yang sanggup  meracun hampir 10 ekor kucing di kampus sebuah universiti tempatan.



FB


Menerusi perkongsian Mohd. Noor Azhreen di akaun Facebooknya, beberapa gambar serta video kucing yang meronta dan mati akibat diracun telah dimuat naik.




Setakat ini hantaran tersebut telah mendapat 834 tanda suka dan 184 perkongsian.


Difahamkan juga, menurut alumni, penganiayaan terhadap kucing bukanlah kali pertama berlaku di kampus tersebut, malah pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.




Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut dan menggesa agar pihak universiti menjalankan siasatan segera.



Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 29-6-2023 04:19 PM
Uni mana ni?


Quote OshinDaSolja 29-6-2023 05:00 PM
Sape la yg kejam sgt tergamak bunuh membunuh kucing2 ni... cat serial killer kot...semoga si pelaku dpt dicekup dgn segera dan lumur taik2 kucing kt muka dia sebelum reman dlam lokap...
Quote watymuchaz 29-6-2023 06:03 PM
Kesiannya.semoga pelaku dapat ditangkap
Quote she 29-6-2023 06:10 PM
Laaa macik kenal owner page tu
Dia memang pencinta kucing
Kampus UUM
Masa Covid ritu pernah macik sponsor kos makanan memeow tu
Sebab student semua takde

Kesiannyaaa
Dia cakap 13 ekor dah mati
Quote mejaputih 29-6-2023 06:15 PM
Jahatnya si pelaku..sampai hati...
Quote cranell 29-6-2023 06:35 PM
tak elok bunuh kucing2 ni. Kalau susah sangat nak jaga, bagi je dekat vietnam
Quote pokokmeranti 29-6-2023 06:38 PM
Mesti x tahan sangat dgn najis kucing last2 racun terus
Quote noor2 29-6-2023 06:45 PM
Pembemci dan pembunuh kucing ni pun penghidap penyakit gila atau mental . Org normal x kan tergamak nk membenci dan mrmbunuh binatang yg x de akal
Quote awanearisu 29-6-2023 07:11 PM
Kejamnya. Sudahlah pejabat semua sedang bercuti
Quote edee_91 29-6-2023 07:23 PM
OshinDaSolja replied at 29-6-2023 05:00 PM
Sape la yg kejam sgt tergamak bunuh membunuh kucing2 ni... cat serial killer kot...semoga si pelaku  ...

siapa yang sanggup jadi korban tukang lumur taik tu?

Quote grouper 29-6-2023 07:28 PM
Terpijak tahi kucing n nak kena tahan bau taik dia hari2 pun boleh menganggu emosi seseorg. Belum lagi kena selalu tukar cover
seat moto sbb kucing suka cakar seat moto..abis koyak robak disebabkan si meow
Quote imanjannah 29-6-2023 07:43 PM
sedihnya.. tergamak nya hati
Quote Dovahkiin 29-6-2023 07:55 PM
Walaupun aku x suka kucing, tp xde la tergamak nak racun. Biasa aku tangkap senyap2 & buang jauh2. Biar la meratib tuan punya kucing dlm group taman, aku buat2 x tau je. Even kucing2 yg berkuntum kat rumah sbb bini bagi makan pun, aku tangkap senyap2 buang.
Quote hudalarva 29-6-2023 07:59 PM
orang yg takde iman je berani buat mcm tu... universiti pun mcm bukan tempat melahirkan cerdik pandai sangatpun skrg ni... it's all about business dearrr
Quote antikorok 29-6-2023 08:03 PM



Beberapa ekor kucing mati di UUM dipercayai diracun
By
Khalis Khadir -

29 June 2023



Beberapa ekor bangkai kucing yang dipercayai mati diracun ditemui di sekitar kawasan asrama UUM Sintok, Kedah semalam.

SINTOK – Penemuan beberapa bangkai kucing dipercayai diracun di sekitar penempatan asrama Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini mencetuskan tanda tanya.


Selepas lebih 24 jam insiden berkenaan berlaku, masih tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak universiti.


Salah seorang mahasiswa yang ingin dikenali sebagai Syafiq Aiman memberitahu, kesemua sembilan ekor bangkai kucing itu ditemui mati pagi semalam.


“Tak sangka sehari sebelum raya Aidiladha (semalam) boleh jadi perkara begini. Erti pengorbanan sudah disalah erti oleh individu kejam jika benar ia diracun.


“Setakat ini pihak UUM belum keluar kenyataan tentang hal ini. Sebenarnya kes sama pernah terjadi beberapa tahun lalu tapi ini paling teruk sampai sembilan ekor mati dalam satu hari,” katanya kepada MalaysiaGazette.


Lebih memilukan, episod hitam tersebut dilihat tidak terhenti di situ apabila malam tadi terdapat seekor lagi si bulus yang meronta-ronta dipercayai diserang sawan.


Dalam sekelip mata, kucing berkenaan turut menjadi ‘korban’ berikutnya di saat ramai warga kampus pulang bercuti sempena perayaan Aidiladha.


MalaysiaGazette difahamkan, kes tersebut sudah berada dalam siasatan Jabatan Keselamatan UUM, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Susulan itu, tanda pagar Stop Racun Haiwan UUM mula menjadi hangat di media sosial sebagai tanda protes dan menuntut penjelasan pihak berkenaan.


Sekiranya terdapat unsur penganiayaan, mereka menggesa pelaku dikenakan tindakan undang-undang agar kejadian yang berulang itu tidak berlaku lagi.


Menerusi Akta Kebajikan Haiwan 2015, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette



Quote BumpIQ 29-6-2023 08:18 PM
JOM KITA ULANG TAYANG KAFIR HARBI MENIPU ORANG DENGAN MEMAKAI GAMBAR JIRAN UNTUK BERZINA DENGAN JANTAN

SIFAT SIFAT KAFIR HARBI DAN NPD

https://b.cari.com.my/forum.php? ... page=58#pid65720352



LAPORAN POLIS FITNAH @Bipolajourney TERHADAP AKU


Quote H0rr0rfan 29-6-2023 09:16 PM
Aku syak cleaner sebab stress jadi tukang bersihkan najis kucing.
Quote nakkomenjugak 29-6-2023 09:44 PM
Tudiaaaa
Practice sebelum bunuh manusia ke acane
Quote Lagubestbest 29-6-2023 09:49 PM
H0rr0rfan replied at 29-6-2023 09:16 PM
Aku syak cleaner sebab stress jadi tukang bersihkan najis kucing.

betulla tu. tak sesuai nak buat shelter tapi cleaner yang kena buat keje membasuh tahi apa bagai, dah basuh pagi ada lagi berak tengahari basuh tengahari ada lagi yang berak petang. tukang kebun nak potong rumput pun tak boleh kalau ada tahi kucing basah2 merata atas tu.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049794 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top