Sebuah kereta melanggar tembok pagar Masjid Mahsan, Bahau Jempol mengejutkan jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu remaja berusia 18 tahun dan kereta jenis Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia 50-an. Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika remaja berkenaan memandu berseorangan dari rumahnya menghala ke tempat kerja di Taman Industri Bahau. “Setiba di tempat kejadian, semasa bergerak terus telah terlanggar bahagian belakang kereta Proton Iswara sebelum terbabas ke bahu jalan kiri dan terlanggar tembok pagar Masjid Mahsan. “Akibat daripada kemalangan ini, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi. Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59). Sumber: UTUSAN |
kakikuDibibirmu replied at 29-6-2023 03:41 PM
Terlebih makan ketupat barangkali{:ml ...
ultra78 replied at 2-7-2023 06:59 AM
Wira berlanggar dengan Iswara. Myvi tersenyum sinis
ADVERTISEMENT