CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak Pasal-Pasal Orang Lain Panik Saya Blur’ - Nina Iskandar Didakwa Meninggal Akibat Kemalangan

29-6-2023 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1001| Komen: 3

Giliran Nina Iskandar meluah rasa kecewa dan terkilan apabila menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawabyang menyebarkan berita palsu mengenai ‘kematiannya’.


Lebih membuatkan pelakon asal Brunei itu kesal apabila berita dirinya yang dikhabarkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya itu dikongsi sendiri ibu bapanya yang terkejut dengan laporan tersebut.



IG


“Saya telah menerima berita tidak menyenangkan ini (palsu) daripada ibu bapa saya sendiri. Saya ingin jelaskan bahawa berita yang tersebut itu adalah tidak benar.


“Saya masih lagi hidup dan berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah. Saya ingin memohon maaf kepada mereka yang mendapat maklumat palsu ini sehingga menimbulkan kekecohan,” ujarnya dalam Instagram.





Nina atau nama lengkapnya Nur Akmalina Iskandar, 31, turut mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mudah untuk menyebarkan berita sebegitu kerana boleh menimbulkan kebimbangan ramai, terutama sekali keluarganya.




“Saya ingin ingatkan supaya tidak menyebarkan berita tidak benar tanpada mendapat maklumat yang sahih terlebih dahulu.


“Daripada sebarkan berita palsu, lebih baik buat cerita-cerita yang baik-baik dan doakan kesejahteraan saya. Tak pasal-pasal buat orang panik,” ujarnya.


Selain Nina, selebriti seperti Datuk Aaron Aziz dan Adam Corrie juga pernah mengalami nasib sama apabila tular berita palsu tentang kematian mereka.


Penyebaran berita palsu itu sekali gus menyebabkan Aaron dan Adam menerima panggilan tidak putus-putus daripada keluarga serta kenalan terdekat yang terkejut tentang ‘kematian’ mereka. 



Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 29-6-2023 03:48 PM
ya ampun ramainya retis berada di tahap paras terlampau sendu sampai artikel palsu yang mengatakan  deorang mati pun deorang screenshot dan post untuk naikkan balik citer diri sendiri dan bagitau deorang masih hidup...

padahal acik2 porum pun semua dah terlupa akan kewujudan mereka di muka bumi ni...

Quote minahmanja 29-6-2023 04:09 PM
Dia ni dah divorce ke.. macam tkde nmpk dah lakinya..
Quote hokeypokey 29-6-2023 04:37 PM
ok ler tu nina, masih ada yg ingat kau

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.079053 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top