Tindakan lelaki berasal dari Iraq membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden, mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Perbuatan biadap itu dilakukan oleh dua lelaki di luar masjid utama di ibu negara Sweden menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. Lapor Daily Mail, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan Salwan Momika yang membakar kitab suci itu. Salwan pada mulanya mengoyakkan beberapa helaian al-Quran lalu mengelap kasutnya. Dia kemudian meletakkan hirisan bacon sebelum membakar kitab suci umat Islam itu. Sementara seorang individu yang bersama Salwan pula dilihat melaungkan kata-kata menggunakan alat pembesar suara. Sebahagian individu yang berada di lokasi itu menjerit `Allahu Akbar’ dalam bahasa Arab sebagai membantah perbuatan membakar al-Quran manakala seorang lelaki ditahan polis selepas cuba melemparkan batu bagi menghentikan tindakan itu. Insiden itu berlaku selepas polis meluluskan permit yang membenarkan lelaki itu melakukan perbuatan demikian. Dilaporkan, dua minggu lalu mahkamah rayuan Sweden menolak larangan polis terhadap protes membakar al-Quran yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Sumber: Utusan
|
mejaputih replied at 29-6-2023 05:41 PM
Lelaki sari iraq tu bukan muslim la kan?
matamata replied at 29-6-2023 06:42 PM
Org Yazidi ke? Kurdis?
FOTHER-MUCKER replied at 30-6-2023 08:00 AM
Sebab itulah ramai pelarian Islam yang telah mendapat kewarganegaraan Sweden lari ke uk kerana katan ...
ADVERTISEMENT