Seorang lelaki Orang Asli nyaris maut akibat diserang seekor beruang dalam kejadian di Sungai Lerek, Chenderiang di Tapah, petang kelmarin. Taktik mangsa, Jalil Busu Kechek, 29, berpura-pura pengsan berjaya menyelamatkan dirinya apabila beruang itu tidak lagi menyerangnya.
Menceritakan detik cemas yang dilaluinya itu, Jalil berkata, ketika kejadian dia sedang mencari kala jengking di dalam hutan hampir empat kilometer jauhnya dari kampungnya. Katanya, dia diserang dari belakang oleh haiwan tersebut menyebabkan dia dicakar dan digigit beberapa kali. “Ketika itu saya tak ada pilihan selain daripada bergelut dengan haiwan tersebut, saya tidak dapat berbuat apa apa untuk menghalau haiwan itu kerana saya tidak membawa senjata, semasa bergelut haiwan itu mencakar muka dan kepala saya juga menggigit tangan saya.
“Semasa bergelut, saya berteriak dan saya dapati setiap kali saya berteriak, haiwan itu lebih kuat menyerang saya lalu saya berpura-pura pengsan dan ketika itu saya dapati haiwan itu tidak lagi menyerang saya, namun setiap kali saya bergerak, dia akan menerkam semula. “Saya terus berpura-pura pengsan, hanya mendiamkan diri tidak bergerak selama beberapa minit, dan tidak lama kemudian haiwan itu yang mempunyai seekor anak, terus masuk ke dalam hutan. “Sebaik sahaja haiwan itu menghilangkan diri, saya terus berlari ke rumah meminta bantuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, dalam keadaan badannya yang berlumuran darah, dia berlari ke arah kampungnya dan bertemu dengan seorang penduduk yang hendak ke kebun, yang membantunya mendapatkan pertolongan sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan. “Sepanjang saya berlari mendapatkan bantuan, saya berhenti beberapa kali kerana kesakitan sehingga tak larat untuk berjalan, apatah lagi dalam keadaan berlumuran darah, mujur ada penduduk yang menemukan saya. “Saya bersyukur kerana terselamat daripada serangan beruang walaupun mengalami kecederaan parah. Ini kali pertama saya terserempak dan diserang beruang sedangkan sebelum ini tidak pernah terserempak dengan haiwan itu,” katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusof Shariff mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng bersama Pegawai Perhilitan Tapah dan anggota polis dari Balai Chenderiang melawat kampung mangsa di Kampung Sungai Lerek, Chenderiang semalam. Menurutnya, berdasarkan maklum balas daripada pihak Perhilitan, langkah berjaga-jaga sedang diambil untuk memastikan keselamatan penduduk berikutan kejadian tersebut. “Penduduk di kawasan sekitar yang hendak memasuki hutan dinasihatkan agar tidak berseorangan sebaliknya masuk secara berkumpulan dan berhati-hati sekiranya masuk ke kawasan hutan,” katanya. Sumber: UTUSAN
|
Skuau replied at 29-6-2023 11:30 AM
msh relevan gak taktik ni...ketinggalan betul la beruang Msia ni...
Carcosa replied at 29-6-2023 12:29 PM
Baru je meols tgk video abam Bear Grylls dkt Netpelik. Kebetulan pulak nama manjah beliau, Bear gitc ...
Carcosa: Baru je meols tgk video abam B ...
wirazam replied at 29-6-2023 01:58 PM
Tiba tiba teringat buku citer sekolah rendah..yg buat buat pengsan utk biarkan beruang pergi yak k ...
ADVERTISEMENT