Mengakui sangat meminati Daiyan Trisha, Hun Haqeem, 25, teruja apabila hasratnya ingin bergandingan bersama pelakon dan penyanyi itu tercapai dalam siri W: Two World yang bakal ditayangkan November ini.
Hun Haqeem atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy juga menyifatkannya sebagai pelakon berbakat besar. "Ketika diberitahu saya akan bergandingan dengan Daiyan, saya masih tidak percaya sehinggalah hari pertama barisan pelakon berkumpul untuk membaca skrip. "Saya mengakui memang 'adore' Daiyan sebagai pelakon wanita yang berani membawa diri menjadi model, dalam masa yang sama aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran W: Two World, di sini. Menurut Hun, ini adalah kali pertama dia berlakon dengan Daiyan membawa watak hero dan heroin dalam drama siri arahan Datuk Yusri Abdul Halim itu. "Daiyan seorang yang rajin dan berdisiplin sebagaimana kita melihat dia media sosialnya, begitulah realiti.
"Saya selalu tidak bawa skrip ketika penggambaran, mujur ada Daiyan memberi saya pinjam skripnya dan dari situ saya dapat melihat dia seorang yang baik dan tidak lokek," katanya. Menurut Hun, ketika di lokasi penggambaran, Daiyan adalah pelakon yang membuatnya rasa selesa walaupun baru pertama kali berlakon bersama. "Meskipun baru kenal, tetapi saya mengakui Daiyan pandai mengeluarkan topik berborak dan membuang suasana janggal," katanya. Sumber: Harian Metro
|
apedehal replied at 29-6-2023 05:53 PM
Nak kerja ke nak bercinta?ke sekadar teknik lapuk nk bg drama disebut sebut..alah alah...kalau dah p ...
ADVERTISEMENT