Remaja berusia 14 tahun nekad membakar sekolahnya sendiri kerana berang dirinya sering dibuli rakan dan guru. Malah, difahamkan aduan buli yang dilaporkan kepada guru tidak diterima dengan baik, lapor Kumparan.
Menurut pihak berkuasa, murid terbabit turut meluahkan rasa kesal kerana hasil kerjanya tidak dihargai guru. "Guru menganggap biasa sedangkan dia merasakan tugasan yang dihantar itu perlu mendapat markah tinggi," katanya. Tindakannya membakar sekolah menyebabkan kerugian berjumlah RM46,737 (150 juta rupiah). Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara 12 tahun. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT