Mahkamah Daerah Pusat Seoul, Korea Selatan menjatuhi hukuman denda sebanyak 300,000 won (RM1,071) terhadap wanita berusia 30 tahun di Korea Selatan didapati bersalah melanggar privasi teman lelakinya dengan cara melayari telefon bimbitnya tanpa kebenaran.
Difahamkan, hukuman itu ditangguhkan dengan tertuduh diberi peluang untuk tidak melakukan lagi perbuatan tersebut. Akhbar The Korean Herald melaporkan, tertuduh bertindak demikian kerana mahu mencari video serta maklumat mengenai hubungan pemuda berkenaan dengan bekas kekasihnya. Mahkamah berkata, ia memutuskan bentuk hukuman yang paling ringan kerana tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Namun, wanita itu menafikan melakukan salah laku dengan mendakwa bahawa mangsa dengan rela memberitahu kata laluan telefon bimbitnya bagi memperbaiki hubungan yang terputus kerana dia berkelakuan curang dengan wanita lain.
Mahkamah Daerah Pusat Seoul bagaimanapun berkata, tiada bukti untuk menyokong dakwaan itu. Sumber: Kosmo Online
|
Bipolajourney replied at 29-6-2023 12:49 PM
Bagaimana dengan menggodam ?
Belum masuk bakat mengedit report palsu ? Dalam kes ni dia terlupa tuka ...
_blackbird replied at 29-6-2023 02:01 AM
wanita (@Bipolajourney )menggodam telefon bimbit sendiri masih bebas kulu kilir dalam porum sambil m ...
green~tea replied at 30-6-2023 04:19 AM
Aku risau baca thread bergasak tu.. mcm tak amek ubat je.. hallucinations ke?
Aku harap dia seek ...
Bipolajourney replied at 29-6-2023 08:49 PM
Bagaimana dengan menggodam ?
Belum masuk bakat mengedit report palsu ? Dalam kes ni dia terlupa tuka ...
ADVERTISEMENT