Ramai warganet memuji kemesraan ditunjukkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah apabila diajak berswafoto bersama rakyat Malaysia di Masjidil Haram, Mekah. Menerusi video yang dimuat naik oleh @naimeyjalil di akaun TikToknya, Permaisuri Agong yang dikawal ketat oleh askar Arab pada mulanya bertanyakan wanita itu berasal dari mana.
Sejurus wanita tersebut menjawab ‘Shah Alam’, Seri Paduka Baginda segera berlari-lari anak ketika dipanggil pengguna berkenaan untuk berswafoto. Bukan itu sahaja, Permaisuri Agong turut mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ dan mendoakan agar wanita tersebut mendapat haji yang mabrur. Ramai memuji sikap rendah hati Seri Paduka Baginda yang begitu mesra menyapa rakyat tidak kira di mana berada.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong dijadual berada di Kota Suci Madinah dan Mekah sehingga Sabtu ini bagi menunaikan ibadah Haji. Terdahulu, Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua telah diadakan di Istana Negara, 21 Jun lalu. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT