Seorang lelaki yang tular kerana mendakwa anaknya ‘dikurung’ di dalam ruang besi sebuah sekolah telahpun memaafkan guru yang terlibat dalam kejadian tersebut. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, polis telah membuat siasatan berhubung kes melibatkan murid tahun satu yang didakwa dikurung dalam sangkar besi dan turut membuat lawatan ke sekolah tersebut semalam iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.
Jelas beliau, hasil siasatan pihaknya melalui pegawai perhubungan sekolah (PPS), Cawangan Khas dan Ketua Polis Balai Kota mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.
Menurutnya, guru lelaki berusia 43 tahun tersebut telah mendenda murid tahun satu itu dengan mengurung di ruangan besi (sangkar) kerana masalah disiplin. “Ruangan besi itu merupakan ruangan pameran Persatuan Pencegahan Dadah Sekolah. Pada pukul 9 pagi tadi, satu perjumpaan telah dibuat melibatkan pegawai pendidikan daerah, pihak sekolah dan keluarga mangsa yang turut dihadiri pihak polis. “Hasil perjumpaan tersebut bapa mangsa telah menerima penjelasan oleh guru tersebut dengan baik dan telah memaafkannya. “Kes ini telah diselesaikan antara pihak berkenaan dan tiada laporan polis yang diterima berkaitan kejadian tersebut setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu tular di media sosial selepas seorang pengguna Twitter memuat naik tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp antara seorang bapa dengan guru di sekolah terbabit berhubung kejadian berkenaan. Sumber: UTUSAN
|
dudaberhias replied at 28-6-2023 04:44 PM
baik kurung makcik @Bipolajourney je dalam sangkar tu kalau tidak kehulu kehilir dia duk fitnah2 ora ...
asfaz replied at 29-6-2023 01:09 AM
Maafkan cikgu yg nak disiplin kan anak kau?
Kau ada minta maaf tak bagi pihak anak kau kat makbapak ...
chilly replied at 29-6-2023 04:30 AM
Tak paham. Budak tu buas? Maknanya budak tu deserve dimasukkan dalam tu ke cemana?
gideoncross replied at 29-6-2023 06:53 AM
Ada juga akhirnya cikgu yg brani brtindak sedemikian kat murid yg btul2 jahat aka buas tpi sygnya ...
Samerosie replied at 29-6-2023 07:46 AM
This time parents dia mengaku memang anak nakal.
Tu la thread sebelah pasal umur 6 tahun x panda ...
dudaberhias replied at 29-6-2023 12:44 AM
baik kurung makcik @Bipolajourney je dalam sangkar tu kalau tidak kehulu kehilir dia duk fitnah2 ora ...
ADVERTISEMENT