CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Jadi Mangsa...Uyaina Syukur Terus Diterima Baik Di Indonesia

28-6-2023 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1454| Komen: 15

Uyaina Arshad kembali menggegarkan pentas pertandingan dangdut, Dangdut Academy Asia musim keenam (DAA6) yang mula ditayangkan sejak 18 Jun lalu selepas tiga tahun program itu direhatkan akibat pandemik Covid-19.


Memetik laporan berita, Uyaina berkata, dia bersyukur kerana kehadirannya di Indonesia masih diterima baik untuk mengacarakan program itu bersama empat pengacara lain iaitu Ramzi, Irfan Hakim, Gilang Dirga dan Jirayut Afisan.


IG

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh warga kerja DAA kerana terus memberikan kepercayaan untuk saya mengacarakan program ini.

“Bukan mudah untuk orang luar diterima baik di sini sebab seperti yang kita tahu industri mereka juga ada ramai yang berbakat. Apa pun, bagi saya ini adalah rezeki anak,” katanya.

Kemampuannya untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris juga memberikan kelebihan kepadanya untuk membantu menterjemah komen juri kepada peserta dari negara-negara lain seperti Turkiye, Filipina dan Thailand.


“Macam musim sebelumnya DAA ada peserta dari Filipina dan Thailand yang memang tidak faham Bahasa Indonesia. Ditambah pula tahun ini ada peserta tambahan dari negara Turkiye. Nak tak nak, memang kena cakap Bahasa Inggeris.

“Kebiasaannya saya yang menjadi ‘mangsa’ rakan pengacara lain untuk menterjemahkan komen juri.

“Saya okay saja, sebab itu pun sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya ketika di pentas. Tak salah pun kita sebagai rakan pengacara saling memudahkan,” katanya.

Uyaina mula berada di Jakarta sejak 13 Jun lalu dan dijangka akan berada di sana hingga September ini.


Sumber: Murai


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 29-6-2023 12:22 AM
Ramai yang minat Uyaina kat indo. Uyaina kat sana dipanggil Yana. Diorang suka Yana sebab dia lembut dan santun, malah disamakan kelembutan dan kesantunan dia dengan TokTi.
Dulu Yana pernah digosip dengan sorang penyanyi sana jugak, Reza Zakarya. Dengar2 sempat la bercinta kejap, tapi mamat tu rushing nak nikah, Yana tak ready
Quote Kurex 29-6-2023 01:55 AM
Yelah yelah.. dah la 1 lakonan kau langsung tak memberi impak, mengacara pun tak wow. Mungkin kali ni rezeki kau dekat bidang nyanyian dangdut, why not kau teruskan jah uyaina. Kurex ok jah
Quote kakigojes 29-6-2023 07:58 AM
Kurex replied at 29-6-2023 01:55 AM
Yelah yelah.. dah la 1 lakonan kau langsung tak memberi impak, mengacara pun tak wow. Mungkin kali n ...

But dia bukan peserta…. Dia pengacara dalam pertandingan ini
Quote Kurex 29-6-2023 08:19 AM
kakigojes replied at 29-6-2023 07:58 AM
But dia bukan peserta…. Dia pengacara dalam pertandingan ini

Ohhhh oklah gitu
Quote kakigojes 29-6-2023 08:31 AM
Kurex replied at 29-6-2023 08:19 AM
Ohhhh oklah gitu

Hehe.. Selamat Hari Raya
Quote Carcosa 29-6-2023 12:41 PM
Meols Yihhhh sikit dgn dia ni.
Mcm, tah. Ada sejenis muka Perasan Bagus. Mcm, akulah pandai, akulah classy, akulah talented.
Pdhal berlakon mcm org kena cancer tahap 4 je aku tgk - lembikkkk mcm takde tenaga. Kening dahla mcm ulat bulu naik daun
Quote hasniey 29-6-2023 05:42 PM
Ai ada tertengok rancangan dia ni.nmpk cantik pulak fesyen dia kt sana.kalau kt malaysia ni mcm serba xkena
Quote KirazMevsimi 30-6-2023 05:09 PM
Lama dia berkampung kat sana. Murah rezeki. Moga yang baik baik hendaknya dan bawak nama Malaysia dengan baik
Quote flipolivio 1-7-2023 08:47 AM
Carcosa replied at 29-6-2023 12:41 PM
Meols Yihhhh sikit dgn dia ni.
Mcm, tah. Ada sejenis muka Perasan Bagus. Mcm, akulah pandai, akulah  ...

Khenn..dia ada satu aura yg xbest..
Quote Minyakyuyi 1-7-2023 09:01 AM
Thn ni xda la Mami jd juri ye...ganti dgn si Roger pula..ok la kot xda yg menyinga
Quote tulip-rain 1-7-2023 09:34 AM
Carcosa replied at 29-6-2023 12:41 PM
Meols Yihhhh sikit dgn dia ni.
Mcm, tah. Ada sejenis muka Perasan Bagus. Mcm, akulah pandai, akulah  ...

Setuju, perasan bagus. Kalau jadi hos tu, mcm dia je nak bercakap sorang.
Quote hayrin86 1-7-2023 09:41 AM
Kurex replied at 29-6-2023 01:55 AM
Yelah yelah.. dah la 1 lakonan kau langsung tak memberi impak, mengacara pun tak wow. Mungkin kali n ...

Bukan itu aje, menang Puteri Muslimah 2018 tempoh hari pun tidak memberi sebarang impak kepada rakyat Malaysia.. Kalau dunia sukan, pendidikan/akademik dan sejagat barulah memberi impak..

Quote Pujangga22 1-7-2023 10:46 AM
Uiyana ni muka2 tipikal indon tu yg blh msuk market kt sana...
Quote AngelFreakyAF 1-7-2023 11:09 AM
Asalkan Ada masyukk iolls ok je Yana...jnji bekerja
Quote hokeypokey 1-7-2023 11:13 AM
tahniah, kt mana2 pun takpe janji job masuk, duit masyuk, ramai peminat

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050807 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top