PETALING JAYA –Seorang penghantar makanan yang melanggar lampu isyarat merah menerima kecaman orang ramai. Bukan itu sahaja, penghantar makanan itu juga bertindak menunjukkan jari tengah kepada pemandu kereta lain yang membunyikan hon terhadapnya.
Kejadian itu berjaya dirakam kamera papan pemuka pemandu terbabit sebelum dikongsikan di media sosial. Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku. Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penghantar makanan tersebut dan meminta agar pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadapnya. Selain itu, orang ramai turut meminta syarikat penghantar makanan mengenakan tindakan menggantung akaun lelaki berkenaan. “Benda macam ini bukan sahaja salah, tapi juga membahayakan. Mesti laporkan kalau tidak, mungkin akan mengambil nyawa atau menyebabkan kesulitan kepada pihak lain,” kata Bernard.
“Kalau kena langgar baru tahu menyesal. Dahlah tak ada EPF atau SOCSO, duduk hospital tak ada pendapatan, nanti mengharapkan bantuan orang ramai sajalah,” kata Rojak. “Bukan main bagi jari tengah, bila dah kena gantung nanti salahkan orang lain,” kata Shahriman. “Dekat KL East Mall, situ memang ramai ‘rider’ langgar lampu merah,” kongsi Izan. -CARI Sumber: Kosmo
|
lostfaith replied at 29-6-2023 01:16 PM
Sebab aku tak teprasa kesian kalau denagr riders bi mati acident sebab terlampau banyak perangai hud ...
ADVERTISEMENT