Sebelum ini, perkongsian video Nabila Huda menyediakan bekal makanan untuk anaknya, Keisha Laila ke sekolah mencuri perhatian ramai. Orang terkejut melihat makanan yang disediakan aktres itu adalah daging wagyu dan sekaligus dipanggil bekal T2O.
Bagaimanapun akui kurang senang dengan perkataan tersebut. Menurut Nabila, dia dan keluarga hanya hidup bersederhana, namun apabila melibatkan soal makanan dia akui sedikit mewah. "Saya tidak suka betul dengan kenyataan tersebut sebab buat orang pandang serong dengan golongan berkenaan. "Tetapi saya tahu orang di luar sana berhak sahaja untuk bercakap apa sahaja yang mereka mahu. "Namun hanya saya dan keluarga yang tahu kehidupan kami macam mana dengan hidup yang sederhana.
|
ADVERTISEMENT