Datuk Alha Alfa diberikan kepercayaan untuk menjadi MUA bagi hari bahagia majlis pernikahan Watie Hanifiah dengan Shuib Sepahtu. Seperti biasa, hasil air tangan jurusolek terkenal ini memang tidak pernah mengecewakan. Pun begitu, nampaknya ada juga segelintir netizen yang cuba mencari kekuranganya.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang membandingkan hasil solekan digayakan Watie dengan Janna Nick yang sebelum ini mendapat sentuhan MUA dari Thailand, Babara Beer. Jawab Datuk Alha, bukan semua orang sesuai disolek dengan look ala Thai sebegitu. Apatah lagi, sebenarnya seni solekan ini juga bergantung kepada wajah asli seseorang itu juga.
Setiap orang mempunyai citarasa berbeza. Justeru, masih ramai yang suka dengan hasil tangan Alha dan memberikan pujian kepadanya kerana solekannya berjaya menaikkan seri wajah Watie. |
kalchi replied at 28-6-2023 04:58 PM
Sbrnye bila tgk ig barbarabeer tu nk jgk tgk dia guna model yg lain sikit. Model dia pakai mcm bnyk ...
ADVERTISEMENT