Tular rakaman seorang lelaki yang digelar 'apek' membuang air kecil di ruang parkir stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Rabu. Perkongsian itu mengundang kecaman warganet kerana lelaki itu dipercayai sengaja berbuat demikian.
Terdahulu, satu kes serupa dilaporkan berlaku baru-baru ini dengan seorang lelaki berkopiah dirakam membuang air kecil di belakang bonet sebuah kereta. Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup pada Khamis malam itu menunjukkan individu terbabit sempat menanggalkan kopiahnya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.
Video: IG Majoriti Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kedua-dua kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. Sumber: Majoriti |
Ayda89 replied at 28-6-2023 04:30 PM
Mentang2 ade hose, sesuka je nak pancutkan kat memana. Pengotor betul
individu terbabit sempat menanggalkan kopiahnya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu
ADVERTISEMENT