Sebelum ini, beberapa artis tampil mendedahkan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kematian mereka. Kini, giliran pelakon dan penyanyi Farahdhiya menjadi mangsa berita palsu.
Katanya, dia terkejut apabila satu akaun Facebook melaporkan dirinya telah meninggal dunia. Menerusi hantaran di Instagram, Farahdhiya memuat naik tangkapan skrin status Facebook yang ditulis ‘isu terkini apa hari ini’. Tegas pelantun lagu popular Bertakhta Di Hati itu, dia memohon orang ramai agar berhenti mempermainkan isu kematian. Jelas Farahdhiya lagi, keadannya sihat dan masih bernafas seperti sedia kala. “Cukup-cukupla main-mainkan kematian orang. Saya sihat Alhamdulillah masih lagi bernafas seperti biasa,” tulisnya. Sebelum ini, Farahdhiya menjadi perbualan ramai yang didakwa akan bertunang apabila mengambil gambar di pelamin namun jelasnya dia hanya menumpang pelamin milik anak pengarah Datuk A.Aida. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT