Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suami yang dicari-cari kerana disangka hilang, rupa-rupanya melarikan diri dengan seorang gadis muda. Menerusi perkongsian di Facebook sebelum ini, wanita tabah bernama Fika memuat naik hebahan di Facebook bagi mencari suaminya yang gagal dikesan lebih tempoh 24 jam.
Bagaimanapun, lelaki itu kemudian diketahui melarikan diri dengan seorang gadis muda dipercayai mengambil penerbangan dari Tawau menuju ke Kuala Lumpur. Jelasnya, ini bukan pertama kali suaminya membuat ‘hal’ sebegitu. Bahkan, sepanjang 13 tahun mendirikan rumah tangga, sudah empat kali dia memaafkan kecurangan suami.
Sebelum melarikan diri bersama gadis berkenaan, lelaki itu didakwa membawa sekali semua duit serta menjual kereta milik Puan Fika. Sudah tidak tahan lagi menanggung semua ini, dia cuma berharap suaminya dapat muncul untuk menamatkan kemelut rumah tangga. Sumber: Kisah Dunia
|
dudaberhias replied at 28-6-2023 08:17 AM
tinggalkan je lah laki ko tu bah... ko lagi herlokkk dari laki rhoper kangkung parit ni...
leher la ...
_blackbird replied at 28-6-2023 06:03 PM
Mohon wanita tersebut ikut je jejak langkah @Bipolajourney selamber cerai kan laki sendiri walaupo ...
dudaberhias replied at 28-6-2023 10:11 AM
ahahaha choii...
harap2 pompuan tu tiru cara @Bipolajourney yach... jangan lupa screens ...
_blackbird replied at 28-6-2023 06:03 PM
Mohon wanita tersebut ikut je jejak langkah @Bipolajourney selamber cerai kan laki sendiri walaupo ...
anony-mous replied at 28-6-2023 12:58 PM
Sejak uols bertag team dgn kaka dude, hilang terus sheol
ADVERTISEMENT