Seorang wanita dari Shanghai yang mendedahkan manfaat memeluk pokok sebagai terapi terbaik dari segi fizikal dan psikologi menjadi terkenal di negaranya. Qishishiqi berkata, dia memeluk pokok pertamanya pada April lalu semasa berada di luar bersama suaminya.
“Ketika itu, saya berasa sedikit tertekan, saya memeluk sebatang pokok rambang di sebuah jalan sepi di Shanghai dan dengan segera dapat merasakan kesan positifnya. “Tekanan berkaitan kerja terus `hilang secara ajaib’ semasa memeluk pokok yang tebal itu. “Pengalaman pertama menakjubkan ini mendorong saya untuk memeluk pokok lain dan berkongsi kisah dengan orang lain agar mereka juga mendapat manfaat terapi itu,” katanya. Dalam satu catatan di laman instagram versi China, Xiaoshomgshu, wanita itu mendakwa dia berasa lega dan sembuh selepas memeluk pokok berusia seribu tahun yang ditanam di sebuah taman berhampiran Shanghai.
Malah, Qishishiqi menerusi catatan sama mendakwa dia juga berasa `pokok itu seolah-olah sedang memeluknya’ sekaligus membantu meringankan semua beban dipikulnya. Qishishiqi menjelaskan dia sentiasa berasa gementar apabila memeluk individu lain kerana takut mereka mungkin tidak mampu menahan tenaga negatifnya. “Namun, pokok amat berbeza kerana ia akan mendengar anda dengan sabar. “Saya tidak menasihatkan anda menggantikan perubatan dengan memeluk pokok tetapi menyokong perubatan tradisional Cina yang mendakwa amalan demikian memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya. Sumber: Utusan
|
_blackbird replied at 28-6-2023 03:35 PM
@Bipolajourney boleh cuba teknik tree hugging lover. Moga roh beliau peroleh ketenangan.. pitenah ju ...
dudaberhias replied at 28-6-2023 08:24 AM
ahahaha baru nak tag... choii chuols lagi cepat yach...
yer harap2 macik bipola boleh keluar2 jap ...
whimsicalmusic replied at 28-6-2023 05:15 PM
ni teknik grounding kan? tanah alam semulajadi mmg ade positif effect kt emosi. bdk2 autism elok bua ...
whimsicalmusic replied at 28-6-2023 05:15 PM
ni teknik grounding kan? tanah alam semulajadi mmg ade positif effect kt emosi. bdk2 autism elok bua ...
ADVERTISEMENT