Pedih hati apabila suami mahu berkahwin lain dengan alasan sudah menemui cinta sebenar selepas berbelas tahun membina mahligai atas pilihan orang tua. Bukan itu sahaja, suaminya juga tidak kisah berpisah dengannya sekiranya wanita itu tidak menerima poligami tersebut biarpun pasangan itu telah dikurniakan tujuh anak.
Kisah itu diceritakan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali pada Facebook Bersama Suzana Ghazali berhubung luahan diterima daripada wanita tersebut. “Kata suami, dulu dia kahwin dengan saya kerana mengikut kata orang tua. Sekarang ni dia dah jumpa cinta yang sebenar. Kalau saya tak nak terima, dia tak kisah pun kalau perlu berpisah. “Saya tanya, apa salah saya tapi kata suami, saya tak ada salah apa pun cuma dia dah jumpa cinta yang selama ini dia cari,” katanya menceritakan luahan wanita tersebut.
Beliau berkata, pasangan itu berkahwin atas jodoh dicadangkan ibu bapa sejak 18 tahun yang lalu dan wanita itu mencintai suami sepenuh hati, mendambakan diri sebaiknya sebagai isteri dan ibu kepada tujuh cahaya mata. “Soalan ditanyakan kepada saya, ‘apakah kerana wanita tak boleh berpoligami maka isteri masih boleh kekal mencintai suami walau berkahwin atas pilihan orang tua. “Dalam masa sama si suami pun bukanlah lelaki yang melaksanakan tanggungjawabnya sepenuhnya. Tak bolehkah lelaki juga menerima jodoh itu adalah cinta yg sebenarnya,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Ayda89 replied at 28-6-2023 04:21 PM
Sedih bila jadi macamni tapi nak buat macamana orang dah tak hingin.. kena la undur diri kot sendiri ...
Decaffeinated replied at 28-6-2023 06:18 PM
Anak dah tujuh baru jumpa cinta sejati. Dah tu tujuh orang anak tu hasil cinta pura2 ka?
mojarean_X replied at 28-6-2023 06:37 PM
Chuols bg je anak2 dia jaga lps tu chuols pula cari cinta sejati. Make sure herlokk ye bg bekas laki ...
ADVERTISEMENT