Ibu kepada remaja Pakistan, Suleman Dawood yang maut bersama bapanya dalam ekspedisi kapal selam Titan mendedahkan, dia yang sepatunya menaiki kapal selam berkenaan. Namun, Christine Dawood terpaksa memberi tempatnya kepada anak lelakinya yang benar-benar mahu mengikut bapanya menyertai ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic.
Lapor Daily Mail, menurut Christine, dia dan suaminya pada mulanya sudah menempah pakej ekspedisi melihat bangkai kapal paling terkenal dunia di luar pantai Kanada tetapi terpaksa membatalkan disebabkan pandemik Covid-19. Christine memberitahu dia terpaksa memberi tempat duduknya kepada Suleman disebabkan anaknya sangat berminat untuk menyertai misi itu semasa mereka menempah pakej Ekspedisi Oceangate pada tahun ini. “Anak saya menjadi taksub dengan kapal Titanic selepas menyiapkan model Lego.
“Malah, dia juga menyatakan mahu menjadi individu pertama yang berjaya melengkapkan kiub rubik ketika berada di kedalaman Atlantik,” katanya. Menerusi wawancara eksklusif bersama BBC, Christine dipuji kerana tabah dan tenang menghadapi pemergian kedua-dua individu tersayang dalam sekelip mata. Dalam wawancara itu, Christine turut menceritakan detik-detik terakhir dia bersama anak perempuannya, Alina menghabiskan masa dengan Shahzada dan Suleman ketika menaiki kapal sokongan Polar Prince. “Kami saling berpelukan dan sempat bergurau dengan Shahzada serta Suleman yang teruja untuk mengikuti misi ekspedisi itu. “Mereka akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada kami sebelum menaiki kapal selam Titan itu,” katanya. Tambah Christine, mereka pada mulanya amat yakin Shahzada dan Suleman akan pulang ke pangkuan keluarganya selepas mendapat tahu mengenai berita kehilangan kapal selam Titan itu. “Namun, kami akhirnya hilang harapan apabila `tempoh 96 jam kapasiti bekalan oksigen’ itu sudah berlalu sejak suami dan anaknya menaiki kapal selam itu,” katanya. Sumber: Utusan
|
swimswim replied at 28-6-2023 02:17 PM
Kalau christine ni naik pun maybe akan bertambah sempit ruang dlm tu
prettyuglybabe replied at 28-6-2023 02:27 PM
nangis sambil lap guna duit..
Zeatyisaac replied at 28-6-2023 06:22 PM
Tak sebanyak kalau anak lelaki dia ada. Ni tinggal anak perempuan je, maka terpaksa berkongsi bers ...
ADVERTISEMENT