Bomba berjaya memujuk lelaki warga Myanmar yang membakar bilik dan mengancam untuk terjun dari tingkat 10 sebuah apartmen, di Kajang pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 8.46 pagi.
Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang telah dikejarkan untuk ke lokasi kejadian. “Lelaki warga Myanmar berusia 30-an membakar sebuah bilik dan mengancam untuk terjun dari tingkat 10 bangunan apartmen tersebut. “Kita berjaya memujuk serta menyelamatkan lelaki berkenaan dan memadam kebakaran yang terjadi dalam sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jelas beliau, kebakaran hanya melibatkan tilam dan kemusnahan bahagian bilik tersebut hanya lima peratus.
“Lelaki terbabit telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Bipolajourney replied at 29-6-2023 12:36 PM
Tolong forward no report si ayamph/dudaberhias/bumpIq/blackbird/oyomiow dekat aku. Mari aku check de ...
lanacondor replied at 28-6-2023 11:40 PM
Menyusahkan betul la
Bipolajourney replied at 29-6-2023 08:36 PM

ADVERTISEMENT