CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lapan Tahun Terpisah, Awie Akhirnya Bakal Jumpa Dua Anak Aidiladha Ini "Dapat Setengah Hari Pun Cukuplah"

28-6-2023 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9103| Komen: 99

Selepas lapan tahun terpisah dan tidak bertemu, Datuk Awie meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertentang mata dengan anak kandungnya pada Aidiladha ini.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, dia berharap perancangan untuk bertemu dua orang anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha akan berjalan dengan lancar seperti diharapkan.


"Insya Allah raya haji tahun ini saya mungkin akan bertemu dengan anak saya yang sudah terpisah selama lapan tahun. Mungkin ia akan menjadi raya yang bermakna untuk saya.

"Kalau mengikut penjanjiannya saya mungkin akan bertemu mereka pada hari raya pertama dan saya teruja menantikan hari tersebut. Harap-harap dapatlah," katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Penyanyi itu bagaimanapun masih belum boleh berkongsi secara terperinci mengenai pertemuan itu memandangkan anaknya belum memberi kata putus.


Namun dia meletakkan harapan yang besar untuk bertemu dua orang anaknya itu.

"Tapi masih belum ada perancangan untuk bertemu di mana, saya masih menunggu balasan mesej daripada dia... kalau dia kata nak keluar saya akan bawa keluar.

"Sebabnya dia (Qasseh) saja yang dapat hubungi saya... saya tak dapat nak hubungi dia. Saya pun tak tahu nombor telefon dia.

"Kalau tidak dapat bertemu sehari... setengah hari pun tidak mengapa," katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Berkongsi lebih lanjut, Awie memberitahu anak perempuannya yang mesra dipanggil Qasseh itu yang menghubungi dirinya terlebih dahulu meluahkan rasa rindu sebaik pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Ramadan lalu.

Malah selepas kejadian itu, mereka kerap berhubung dan penyanyi berkenaan juga sentiasa menanti mesej daripada anaknya itu.

"Saya memang tak dapat nak hubungi dia selama lapan tahun... ini pun anak perempuan saya yang hubungi saya. Mereka pun dah 13 dan 15 tahun sekarang ini.

"Saya menerima mesej dari dia ketika saya di Tanah Suci Makkah pada bulan Ramadan lalu. Saya banyak berdoa semasa di sana tak sangka bila saya balik anak saya ada mesej saya. Memang berderai air mata saya," jelasnya.

Untuk rekod, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha merupakan anak hasil perkahwinan Awie bersama Rozana Misbun.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2006 namun bercerai pada 2014.

Mereka memiliki tiga orang cahaya mata yang mana seorang lagi iaitu Putra Ahmad Merrah tinggal bersama penyanyi berkenaan.

Foto: mStar

Bercerita mengenai filem terbitannya berjudul Sue-On, Awie memaklumkan watak Zainab yang dibawa oleh Erra Fazira pada asalnya ditawarkan kepada seorang pempengaruh.

Namun nama individu berkenaan terpaksa digugurkan selepas meminta bayaran yang terlalu tinggi.

"Watak itu untuk seorang pempengaruh, tapi dia demand tinggi sangat.

"Sebabkan itu saya pun terus hubungi Erra dan Alhamdulillah Erra tak ada buat apa-apa ketika itu dan dia terus kata setuju.

"Watak itu bukan besar mana pun, tapi disebabkan Erra pegang dia jadi lain," ujarnya.

Selain Awie dan Erra Fazira, filem Sue-On yang bertemakan komedi seram turut dibintangi Reen Rahim, Ropie, Shawani, Achey, Azlee Senario dan ramai lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 28-6-2023 10:46 AM
kasihan anak2 dijadikan alat tempat melepaskan dendam.
Quote ThuLE 28-6-2023 11:46 AM
Mustajabnya doa-doa di Makkah..
Quote myakayina 28-6-2023 11:52 AM
rindu yg akhirnya terbalas.. jgnlah pisahkan anak2 dgn mak atau bapa kandung walaupun mak ayah dah berpisah..
Quote opie5662 28-6-2023 12:01 PM
Awie ni nampak ganas2 pon tp die jaga anak elok.. Takde la dok tinggal anak mcm tu je.... Bkn mcm jantan2 skrg... Nk bg nafkah anak pon liat... Asek la tunjuk tangan jari 1 je konon terpaling mulia..
Quote kucingitam 28-6-2023 12:10 PM
betul..salute kat dia tang jaga anak, awalu muka nampak ganas..
Quote vanillaninja 28-6-2023 12:11 PM
So selama ni Rozana memang tak bagi anak2 jumpa si Awie ni ke? Lama jugak tu.
Quote CurangLagi 28-6-2023 12:12 PM
Lps habis kes depa dua terus xda jumpa ya. Lamamya 8 tahun..
Quote lasagna 28-6-2023 12:14 PM
lamanya 8 taon masyaAllah.. alhamdulillah..
tu kan wali tu, xkn brani ex bini tak kasi jmp.
Quote manehnya 28-6-2023 12:16 PM
anak ngan arni - 2 girl
anak ngan rozana  - 2boy 1 girl
anak dgn yg current - 1 boy

betui dak, 6 anak dia..
Quote beatgirlX 28-6-2023 12:17 PM
Dendam dan marah mcmana pun jgn pisahkan anak melainkan pak nya x guna langsungg... Tu another next story
Quote dudaberhias 28-6-2023 12:39 PM
awie tu ok je jaga anak2... yang dia hempuk2 bini haritu sebab bini perabihkan duit... harus la heols naik hangin tengah2 bank hempuk bini...

muka bini tu pun tengok dari jauh dah tau kaki perabih duit orang...

Quote ciksom 28-6-2023 01:03 PM
Awie ok je kot hubungan dia dgn anak anak. Walaupun muka ganas. Nanti dia juga yg akan jadi wali utk anak anak bila nak kawin.
Quote mawardia 28-6-2023 01:04 PM
Mcmana Qaseh contact dia tp dia x dpt contact anak dia balik? Anak dia contact senyap2 je ke? Adekah:
A) Qaseh contact pakai private no.
B) Qaseh contact pakai no tel yg berbeza.
C) Qaseh DM he ols kat medsos.
Gituuu telahan I ols.
Quote scorpionkiki 28-6-2023 01:09 PM
Awie ni masa muda i tak suka dia tp bila tua suka pulak i dgn dia...
Quote Rogue98 28-6-2023 01:11 PM
Laaa..sampai camni... anak2 yg jadi mangsa bila makbapak bercerai.
Quote primarikey 28-6-2023 01:33 PM
8 taun x dpt jumpa ank
X usaha ape2 ke...bwk ke mhkmh ke
Ke ada sbb lain
Quote black_handbag 28-6-2023 01:35 PM
ni bekas bini yang teruk kena debik dgn dia dulu kan. sampai patah hidung klu xsilap i.. mmg patut dihalang jumpa anak. ntah2 ada court order tak bagi dekati anak sbbkan panas baran dia tu
Quote hotmak 28-6-2023 01:37 PM
patut dlm gambar wife dia, ada anak2 dgn arni, merah dan anak baru, kejamnya pisah suami isteri dgn anak terpisah sekali
Quote krustykrab 28-6-2023 01:38 PM
Cash la kot atas apa yg dia buat kt arni

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.194344 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top