Sebelum Wafariena menceburi bidang lakonan, dia aktif sebagai penyanyi pancaragam di Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kemudian menyertai pertandingan Dewi Remaja 2018/2019. Nama Wafariena mula meningkat naik apabila dia berjaya membawa watak antagonis iaitu Nurul Ain menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku.
Dipetik XTRA, Wafariena berkongsi beberapa perkara yang ramai tidak tahu mengenainya. “Saya suka kacau orang. Kalau orang yang saya kenal saya suka cuit-cuit, mengusik. Saya nampak macam lembut, macam manja tapi saya nakal” Pelakon ini juga teringin nak berlakon dengan Shah Rukh Khan.
|
ADVERTISEMENT