CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Yang Seret Dan Gilis Dia- Ditinggal Terkulai Atas Highway, Keluarga Percaya Mangsa Dilanggar Lari

28-6-2023 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2580| Komen: 32

Siti Nur Syafiah Tarmizi, 21, mahu mengheret pelaku yang dipercayai melanggar lari adiknya ke muka pengadilan.

Dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara - Shah Alam (DASH), adiknya iaitu Nawawi Tarmizi, 19, atau mesra disapa Awie, maut di Hospital Sungai Buloh akibat dari kecederaan parah yang dialaminya.


Syafiah berkata dia sekeluarga bagai luruh jantung apabila menerima satu panggilan telefon daripada nombor adiknya yang membawa khabar duka.

Foto: mStar

"Waktu tu pukul 12 tengah malam Isnin, 26 Jun, Awie sepatutnya pulang ke kolej dia di Food Institute of Malaysia (FIM) di Kelana Jaya dari rumah kami di Setapak, Kuala Lumpur. Dia ada bekerja sambilan di restoran berdekatan rumah kami.

"Dia kerja sambilan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dia balik ke kolej malam tu sebab Isnin ada kelas. Tiba-tiba nombor Awie berdering, ingatkan nak beritahu dah sampai, tapi orang lain yang ada dalam talian.


"Rupanya dia kemalangan, orang yang jumpa dia call kami. Waktu tu keadaan dia dah lemah, kami terus bergegas ke hospital, ambulans dah bawa dia ke sana. Bila sampai hospital, doktor minta maaf, cakap dekat kami yang peluang dia tipis.

"Bahagian kanan badan dia banyak kecederaan, ada tulang patah, kepala dia sampai nampak tengkorak, macam dia diseret atas jalan tar sampai terkeluar isi daging," katanya kepada mStar.

Setelah beberapa jam bertarung nyawa, Nawawi yang merupakan anak kelima daripada tujuh adik-beradik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 3 petang Isnin dengan Syafiah di sisi.

"Kami bergilir-gilir masuk untuk tengok dan jaga Awie. Waktu dia dah nak pergi tu, kakak panggil mak saya masuk tengok Awie. Kemudian saya pula, saya yang terakhir dari keluarga kami berada dengan Awie.

"Jenazah Awie dikebumikan lepas Isyak pada hari sama di tanah perkuburan Sungai Buloh, Selangor, dekat dengan kubur arwah mak saudara kami.

"Kami cuba untuk lepaskan dan reda dengan apa yang jadi, tapi bila tengok video kemalangan Awie viral, nampak keadaan dia terbaring atas jalan berlumuran darah, kami tahu ada sesuatu yang tak kena," ujar Syafiah.

Syafiah berkata hatinya remuk memikirkan ada insan yang tergamak membiarkan Nawawi terkulai di atas lebuh raya setelah dirinya diperlakukan sebegitu kejam.

"Kami tahu Awie sentiasa menunggang motosikal dengan cermat, kami yakin dia bukan terbabas sendiri, ada yang melanggarnya. Kalau tengok motosikal pun masih dalam keadaan baik, cuma ada kesan geseran sikit je.

"Tapi bila tengok badan Awie habis cedera parah, kenapa agaknya tu? Ada yang seret dan gilis dia, kami nak orang tu bertanggungjawab. Ini dikira pembunuhan. Setakat ni belum ada saksi lagi, sebab orang ramai jumpa dia dah kemalangan.

"Kami ada pergi buat laporan polis, minta nak tengok rakaman litar tertutup (CCTV) tapi hanya diberikan separuh, pihak polis kata atas sebab-sebab tertentu. Dalam rakaman CCTV tu nampak motosikal Awie berdekatan terowong DASH.

"Lepas tu kami nampak ada kereta Proton Saga warna merah menghampiri motosikal Awie, dekat sangat, lagi sikit nak bergeser. Rakaman sampai situ je, kami tak nampak macam mana kemalangan tu berlaku," cerita Syafiah.

Menurut Syafiah, Nawawi sangat meminati bidang masakan dan bercita-cita untuk menjadi seorang cef namun kini impian itu lebur dengan pemergiannya.

"Saya nak keadilan untuk Awie walaupun itu tak akan bawa dia kembali. Siapa pelaku, itu kami nak tahu. Kami rayu. Kami perlukan penutup ni supaya kami boleh berdamai.

"Saya perasan beberapa hari sebelum dia pergi, dia banyak termenung. Waktu malam kejadian, walaupun dia dah lewat nak balik kolej, dia tetap tunggu mak balik dari luar, dia salam dan peluk mak.

"Saya sebelum tu pun sempat berborak dengan Awie. Tiba-tiba dia titipkan pesanan, dia kata kalau apa-apa jadi, jaga adik bongsu kami baik-baik. Awie dengan adik kami yang ketujuh memang rapat.

"Dalam beberapa bulan akan datang ni, dia sepatutnya mewakili kolej untuk pertandingan memasak. Dia nak banggakan mak. Tak pernah sangka dia akan pergi secepat ni," kata Syafiah menoktahkan bicara. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 28-6-2023 10:31 AM
innalillahiwainnailaihirojiun. ada tengok video tu semalam  

semoga diampunkan dosa-dosanya, dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh
Quote prettyuglybabe 28-6-2023 10:36 AM
selagi tak ada bukti yang tunjuk memang salah kenderaan lain, elakkan buat tuduhan melulu..
kadang kita ride or drive macam mana sopan ikut peraturan pun, ada hari kita terlalai..
takziah buat beliau..
Quote tahanie 28-6-2023 10:41 AM
Riders please pakai camera kat helmet ke kat body harness ke
Quote kucingitam 28-6-2023 10:58 AM
Innalillahiwaiinailaihirojiun..baca semalam kata penunggang perempuan.. tapi tgk gaya mmg parah betul..
Quote afie_m 28-6-2023 11:06 AM
Innalillahiwaiinailaihirojiun
Quote noor2 28-6-2023 11:23 AM
Ya Allah..ni yg kata perempuan tu....innalillah..kesiannya
Quote noor2 28-6-2023 11:24 AM
Ni yg aku mmg x bg Anak beli motor.....risau
Quote adizero11 28-6-2023 11:49 AM
kat area KL ni ko bawak moto sopan mcm mana pun..kadang2 ad jer sesetengah babi kota bawak kenderaan lalu sebelah kau pn mcm hanatt perangai sekor2..
Quote cikatilia 28-6-2023 11:50 AM
sebenarnya kerat2 kat dash mmg mcm F1
takut weh kalau bawak motor kat sana

kalau pagi2 pon sama.. tp kalau jenis lembap mcm makan angin tepi pantai..
dgn jalan mcm beralun nya.. yihh
Quote batmana 28-6-2023 12:03 PM
Kamu yg dh keje ni..laburkan sket duit belikan la adik korg Gopro ke cap ayam ke.baru sratus lebih..psl klu jadi apa2..yg pedih waris sbb tertekan nk tau apa puncanya
Quote bakingsoda 28-6-2023 12:16 PM
takziah utk family tapi akak dia terlebih emo la, bukti belum ada lagi adik ni dilanggar sesiapa. kang keluar fakta sebaliknya tak pasal2 malu. kalau betul dilanggar semoga pesalah dibawa ke muka pengadilan.
Quote awanearisu 28-6-2023 03:02 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Salam takziah kepada keluarga ini.
Quote gadis_tulip 28-6-2023 03:15 PM
Aku benci jugak yang bawak moto kat highway tapi macam jalan dia yang punya. Dengan bawak slow, duduk lane tengah. Dah la illegally masuk highway. Ada jalan moto, tak nak guna. Katanya gelap la, ade paku la. Tapi bila masuk highway, kite yang bawak kete nie kena sentiasa peka dengan diorang.
Quote green~tea 28-6-2023 03:18 PM
noor2 replied at 28-6-2023 11:24 AM
Ni yg aku mmg x bg Anak beli motor.....risau


Jangan.. axia pun dah okay or naik je public transport
Quote green~tea 28-6-2023 03:20 PM
cikatilia replied at 28-6-2023 11:50 AM
sebenarnya kerat2 kat dash mmg mcm F1
takut weh kalau bawak motor kat sana


Dash in ada ample bahu jalan tak?

Kalo takde, means mmg not designed utk motosikal pun
Quote CiliPadiSedap 28-6-2023 04:10 PM
adizero11: kat area KL ni ko bawak moto sopan mcm mana pun..kadang2 ad jer sesetengah babi kota bawak kenderaan lalu sebelah kau pn mcm hanatt perangai sekor2..


yup. lawan arus pun banyak.

Quote cikatilia 28-6-2023 04:10 PM
green~tea replied at 28-6-2023 03:20 PM
Dash in ada ample bahu jalan tak?

Kalo takde, means mmg not designed utk motosikal pun


tuh.. aku main agak aje based on video tu mcm ada kaler biru2 kat tepi




Quote noor2 28-6-2023 06:31 PM
green~tea replied at 28-6-2023 03:18 PM
Jangan.. axia pun dah okay or naik je public transport

Tu la...axia pun dah ok...tp budak laki kaki panjang...tinggi....hehe
Quote manjalara_01 28-6-2023 06:52 PM
Xde video ke?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.188829 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top