Gara-gara membuat video menyindir kawasan sebuah perkampungan tidak dilengkapi bekalan air, mahasiswa dari Universiti Negeri Padang, Indonesia yang sedang menjalani program khidmat masyarakat akhirnya menerima padah apabila dihalau penduduk.
Difahamkan, ketika itu mereka sedang menjalani Program Kuliah Kerja Nyata (KKN) yang menjadi sebahagian daripada subjek untuk melengkapkan jam kredit mereka. Video tular berdurasi 27 saat itu memaparkan pelajar-pelajar berkenaan memberitahu, mereka terpaksa mandi di surau berdekatan kerana rumah yang diduduki bersama keluarga angkat mereka tidak mempunyai bekalan air. Selepas tularnya video berkenaan, penduduk di kawasan tersebut yang tersinggung dengan kandungan video itu memanggil pelajar-pelajar tersebut untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mereka. Disebabkan maruah penduduk kampung yang tercalar, mereka bertindak menghalau pelajar-pelajar berkenaan keluar dari kampung tersebut dan digesa untuk melakukan program KKN itu di lokasi lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan video dibuat oleh mahasiswa terbabit sebagai biadab dan tidak harus dilakukan oleh mereka yang sepatutnya menyelami permasalahan kampung berkenaan.
|
pisanggoreng replied at 28-6-2023 12:31 PM
KKN di desa nga ada air
sequel KKN di desa penari ???
kechikchomel replied at 28-6-2023 12:33 PM
iolss pun teringat citer ni
scorpionkiki: Edited by scorpionkiki at 28- ...
ADVERTISEMENT