Seorang ibu memukul anaknya di depan orang ramai gara-gara berang terlepas menaiki kereta api. Video si ibu memukul anaknya yang masih kecil tular di media sosial. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang sanggup melihat kejadian itu.
TribunTrends melaporkan, kanak-kanak itu bukan dipukul kerana nakal, tetapi hanya kerana terlepas tren. Anaknya dipukul bertubi-tubi bukan sahaja pukul di perut, malah ditarik tangannya. Insiden itu membuatkan anaknya berada dalam ketakutan dan melahirkan kebimbangan orang awam di kawasan sekitar. Walaupun telah ditegur oleh petugas, tetapi wanita itu tidak mempedulikannya. "Saya tidak percaya ada ibu yang tergamak untuk mendera anaknya begitu di depan orang ramai. Kalau begini di tempat awam, bagaimana pula di rumah?" soal individu yang merakam video. Difahamkan, kerugian tiket kerana terlepas tren telah digantikan oleh penumpang lain yang bersimpati dengan keadaan anaknya.
Rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa kanak-kanak malang itu. -CARI |
BartholomewKuma replied at 28-6-2023 10:28 AM
Kepada tukang tulih artikel @CARI-MRO , hang tau kaaa hang tak tauu ni, asas paling utama dalam beri ...
ADVERTISEMENT