JAKARTA – Seorang wanita nekad menconteng bonet sebuah kereta yang diparkir di hadapan pagar rumahnya kerana berang kenderaan tersebut tidak dialihkan. Liputan6 melaporkan wanita di Indonesia itu dilihat menconteng kereta berwarna putih itu menggunakan gincu.
Meskipun tidak akan memberi kesan kekal pada badan kereta, penggunaan gincu akan membuatkan kenderaan menjadi kotor sekiranya tidak dibersihkan dengan betul. Kereta itu dikatakan diletakkan betul-betul di hadapan pintu pagar rumah wanita berkenaan sehingga menyukarkannya untuk keluar atau masuk ke dalam rumahnya. Pemilik kereta tersebut juga dikatakan tidak pergi mengalihkan kenderaannya yang mendorong wanita berkenaan menulis kata-kata peringatan. Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. “Yang tinggal di rumah di tepi jalan pasti boleh memahami keadaan ini,” kata seorang pengguna.
“Idea yang bagus tetapi mahu tahu juga, apa yang berlaku seterusnya?” kata netizen lain. –CARI Sumber: Kosmo
|
OshinDaSolja replied at 28-6-2023 04:36 AM
berita2 dri seberang better tak payah la import ke sini...negaraku Malaysia ni pun bnyk berita2 sens ...
ADVERTISEMENT