CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah Ternampak Penipuan Depan Mata, Pelaksana Badal Haji Didakwa Tunai Haji Ramai Penama

28-6-2023 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2751| Komen: 40

PETALING JAYA – Seorang jemaah haji mendakwa terdapat kegiatan penipuan melibatkan badal haji.

Dakwanya dia terlihat ada seorang pelaksana yang dikatakan menyempurnakan haji melibatkan beberapa penama.


Dakwaan tersebut didedahkan jemaah haji itu menerusi video di media sosial sekali gus mengundang persoalan daripada orang ramai berhubung badal haji yang dilaksanakan.



Carian hukum badal haji menerusi laman web Mufti Wilayah mendapati, hukum mengerjakan badal haji bagi beberapa individu di dalam satu masa adalah tidak sah kerana badal haji hanya mencukupi untuk satu orang sahaja.

Bagaimanapun dakwaan pada video itu pula sebaliknya apabila dikatakan seorang pelaksana tersebut didakwa mengerjakan untuk beberapa nama, bahkan jemaah haji itu turut menunjukkan nama-nama yang telah dikoyakkan.

“Antara nama-nama badal haji, nampak Malaysia. Lepas dia baca ‘saya berada di Arafah sekian-sekian dan saya tengah buat haji untuk ni (nama individu)’, dia koyakkan.


“Lepas itu katanya dia orang akan ambil pula gambar dengan nama baharu. Satu orang tu berapa orang dah. Jadi ni ke badal haji yang murah tu,” katanya mempersoalkan kegiatan tersebut.

Dalam pada itu, dia turut mendakwa, selain nama individu dari Malaysia, ada juga kelihatan nama dari Indonesia dan Thailand.

“Ni banyak kertas-kertas ni, semua nama jemaah badal ada Indonesia, Malaysia. Malaysia banyak juga ni, ni pun ada. Tak tahulah kadang ada nama travel (agensi), kadang tak ada nama travel. Nauzubillah.

“Mamat ni rasa dah berapa kali dah, muka dia saja. Adalah dekat dua, tiga nama saya nampak muka dia saja. ‘Saya buat badal haji untuk sekian-sekian ni semua ni’, Thailand pun ada ni… nauzubillah,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai terutamanya umat Islam di Malaysia agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dipetik berkata, setiap individu dari luar Mekah perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi manakala penduduk tempatan perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 28-6-2023 10:49 AM
menipu kat tempat suci, mkn duit haram.
Quote tahanie 28-6-2023 10:50 AM
Kenapa perlu upah haji? Dah meninggal, selesai dah pun urusan duniawi dia.
Quote prettyuglybabe 28-6-2023 10:52 AM
semoga penonggang agama ditempatkan di neraka paling dalam selamanya..
Quote afie_m 28-6-2023 10:54 AM
duit punya pasal, tempat suci pun nak menipu
Quote vespa_oren 28-6-2023 10:54 AM
tu belum lagi korban kt mekah katanya,
Quote airmineral 28-6-2023 10:55 AM
tahanie: Kenapa perlu upah haji? Dah meninggal, selesai dah pun urusan duniawi dia.

bagus soalan u ni, so i pun google..hasil carian membawa ke pada muftiwilayah : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5080-al-kafi-1849-adakah-wajib-mengerjakan-badal-haji-bagi-orang-yang-telah-meninggal-dunia


Kesimpulannya, seseorang yang telah berkemampuan untuk mengerjakan haji namun dia meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya, maka ahli warisnya wajib mengerjakan badal haji bagi pihaknya dengan menggunakan harta peninggalan si mati kerana ia merupakan beban hutang buat si mati. Namun, sekiranya si mati tidak meninggalkan harta atau harta si mati tidak mencukupi, maka tidak wajib untuknya mengerjakan haji bagi pihak si mati, sebaliknya ia menjadi perkara yang sunat untuk dikerjakan oleh ahli warisnya ataupun orang asing yang lain.  
Quote imransulaiman 28-6-2023 10:56 AM
Risaunya benda macam ni. Baru tadi nampak video fresh rombongan badal haji jalan kaki nak wukuf. Memang ramai yang buat macam gelandangan saja. Ada pula tu yang kena stroke haba.
Ada lagi kawan cakap wakil badal haji ni datang ke Mina untuk ambil video "wukuf" tapi lepas tu masuk semula ke kota.


Semoga dipermudahkan dan dijauhi... Na'uzubillah
Quote AbukRokok 28-6-2023 10:59 AM
Xkne panah petir pun walaupun menyaitan di tanah suci
Quote ashilalat 28-6-2023 11:05 AM
AbukRokok replied at 28-6-2023 10:59 AM
Xkne panah petir pun walaupun menyaitan di tanah suci

Hahaha..dlu aku sebagai pembaca mastika slalu percaya kisah² dongeng ni.

Tp lepas pegi sana, lah...pak arab meniaga cincin, kopiah dpn masjidil haram tu pon banyak je menipu, siap paksa² beli. Beli KFC pon depa main campak² je kotak ayam tu kat kau. Elok je dok situ, x kena panah petir pong.
Quote ashilalat 28-6-2023 11:08 AM
tahanie replied at 28-6-2023 10:50 AM
Kenapa perlu upah haji? Dah meninggal, selesai dah pun urusan duniawi dia.

Aku pon sependapat dgn kau. Badal haji ni kdg2 aku pikir alat utk org buat bisnes je.

Dah kalau org tu dah mati, x sempat buat haji, habis la urusan dia kat dunia.

Kemampuan tu bukan semata2 duit. Waktu dia hidup, dia ada  duit tapi dia x sihat. Sihat pon adalah kemampuan. Atau nama x pernah dipanggil TH utk haji. Mcm mana dia nak pegi. Kalau kau upah org, mcm lah kau tau niat org yg buat tu utk si mati.

Aku percaya islam itu mudah. Xde nak susahkan kau pon.
Quote sayurmayur88 28-6-2023 11:26 AM
terlalu di KOMERSIALKAN + permintaan tinggi
Quote fairiza 28-6-2023 11:37 AM
airmineral replied at 28-6-2023 10:55 AM
bagus soalan u ni, so i pun google..hasil carian membawa ke pada muftiwilayah : https://muftiwp.gov ...

Oooo tq ya aku pun tertanya tanya tp cuma terpikir mmg ada yg semasa meninggalnya x mampu tp lepas meninggal waris dpt segala mak nenek pampasan, kwsp, perkeso n insurans sendiri or company, adakah itu di kira mampu ek?
Quote bulalof 28-6-2023 12:03 PM
bila mana agama diperdagangkan.
Quote rospinki 28-6-2023 12:27 PM
takyah pecaya la smua ni
korban lembu badal haji amal jariah sedekah air etc long lists kt online ada
satu pun aku tak buat
hanya sedekah sikit2 gitu bolela. mcmni kalu baik aku buat sdri beli sekor lembu or pegi haji buat badal skli. bagi kt org tengah tah smpi ke tidak sumbangan kita.
Quote shamsadis 28-6-2023 12:33 PM
orang Islam ni kalau tidak kena tipu, tak sah, terutamanya Malaysian
Quote otai_g 28-6-2023 12:37 PM
Industri agama adalah industri yg paling sng buat duit. Jual kismis doa berebut org beli.
Quote krustykrab 28-6-2023 12:38 PM
ashilalat replied at 28-6-2023 11:05 AM
Hahaha..dlu aku sebagai pembaca mastika slalu percaya kisah² dongeng ni.

Tp lepas pegi sana, lah ...

Yg byk kna panah petir tu org melayu je.
Quote kepompong 28-6-2023 12:38 PM
Badal tu.. waris yg ad rasa responsible buat sendiri tapi pakai duit/harta si mati. Bukannya pegi bayar entah siapa2
Quote krustykrab 28-6-2023 12:40 PM
otai_g replied at 28-6-2023 12:37 PM
Industri agama adalah industri yg paling sng buat duit. Jual kismis doa berebut org beli.

Bukan industri mintak sedekah ke paling srnang buat duit. Pakai tudung, kopiah, serban..menderu org sedekah. Jgn ditanya org tu scammer ke idok, nt kena maki dgn netizen.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.106102 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top