Seorang wanita sempat merakam gelagat jirannya yang tidak bertanggungjawab apabila memarkir kereta di hadapan pagar rumahnya. Langsung taak meminta kebenaran, jiran wanita tersebut juga hanya muncul beberapa minit kemudian untuk mengalih keretanya.
"Sejenis manusia yang suka park depan pagar orang," tulisnya di Twitter. Menurut wanita tersebut lagi, dia sudah beberapa kali memberitahu jirannya agar tidak memarkir kereta di hadapan rumahnya namun tindakannya ibarat mencurah air ke daun keladi. Dalam insiden terbaharu yang sempat dirakam menerusi video berdurasi 53 saat itu, wanita berkenaan yang mahu mengeluarkan keretanya dilihat membunyikan hon sebanyak tiga kali sebagai tanda peringatan. Namun kelibatnya jirannya tidak juga muncul, menyebabkan wanita itu terpaksa keluar dan ke rumah individu tersebut. "Tak pasal aku pula kena pergi tekan bell (loceng) rumah dia. Dah membebel sebakul... selepas ni buat lagi tak tahulah," tulisnya lagi.
Tidak lama kemudian, tanpa rasa bersalah, seorang perempuan muncul dan masuk ke dalam keretanya yang diparkir di hadapan pagar kediaman wanita berkenaan seterusnya mengalihkan kenderaannya. Di ruangan komen pula, rata-rata warga maya meluahkan rasa geram dan mengecam jiran wanita berkenaan yang langsung tidak menghormati orang lain. Malah mereka turut berkongsi pengalaman yang serupa dengan jiran masing-masing. "Sama dengan rumah aku dan dari jenis yang sama. Bila aku nak keluar atau balik dari luar, pandang aku macam kan aku yang bersalah. "Sama perangai jiran akulah ni. Depan rumah dia boleh parking tapi nak juga dekat rumah aku. Aku nak keluar guna motor, dia kata 'boleh tu boleh' sekali zasssss kena sagat kereta dia rakan-rakan. "Pernah dan selalu kena. Park depan rumah, bulan puasa, sampai terpaksa berbuka dekat luar, balik nak solat masih ada lagi. Dah call, dah mesej adik dia suruh alihkan. Buat bodoh lepas tu keluar bising-bising. Akhirat esok kau tanggung," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
KamikuP replied at 28-6-2023 08:55 AM
Spesis bifoti selera M40. Sagatkan sajorkkk
slyfynx replied at 28-6-2023 08:58 AM
jelak pulak aku dengan perkataan parkir ni
ADVERTISEMENT