CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Saya Punca Album Siti Nurhaliza Kurang Kualiti – Aubrey

27-6-2023 11:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2211| Komen: 19

Maestro muzik, Aubrey Suwito menempelak tindakan segelintir individu yang menuduhnya sebagai punca kejatuhan kualiti dalam album penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini.

Berdasarkan komen yang dimuat naik Aubrey, peminat mendakwa beberapa album Siti belakangan ini dianggap kurang menyengat kerana menggunakan khidmat Aubrey sebagai penerbit album.



Menyangkal tuduhan itu, Aubrey menjelaskan dia hanya diberikan tanggungjawab sekali sahaja sebagai penerbit album selepas Transkripsi iaitu ketika album Fragmen yang dihasilkan bersama-sama Allahyarham Mujahid Abd Wahab dan Siti Nurhaliza sendiri.

“Saya turut menafikan dakwaan yang mengatakan album Siti sebelum ini kurang menyengat.

“Faktanya, tiga lagu dari album ManisfestaSiti berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL). Dari segi teknikal, albumnya telah dikelola oleh sebuah ‘Mastering Studio’ bertaraf dunia.


“Pasukan Siti Nurhaliza Production tahu apa yang mereka lakukan dan mereka sangat faham citarasa peminat. Tak lupa juga kemantapan vokal Siti, masih tiada sesiapa yang dapat menyamai suaranya, dari segi tone, penjiwaan, dan teknik vokal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, Aubrey turut menjelaskan Siti Nurhaliza bukan artis calang-calang. Siti sudah arif menentukan hala tuju albumnya termasuklah album ‘Sitism’ yang bakal muncul tidak lama lagi.

“Siti Nurhaliza ialah seorang artis yang sangat matang dan tahu hala tuju muziknya dengan sangat baik. Sepadanlah dengan tajuk album baharunya yang bakal muncul ‘Sitism’.

“Siapa yang lebih mengenali Siti berbanding dirinya sendiri,” tulisnya.

Aubrey turut menasihati warganet agar menyemak semula fakta dan tidak merosakkan reputasinya sebagai pemuzik dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Jika anda tidak suka muka, nama atau muzik saya. Tak mengapa. Saya hormati pilihan anda.

“Tetapi tolong jangan rosakkan reputasi saya atau orang lain dengan maklumat yang tidak berasas,” jelasnya.

Sebelum ini, Siti mengumumkan album baharunya Sitism bakal menemui peminat 30 Jun ini. Nama Sitism dipilih bagi menggambarkan kewibawaan dirinya sepanjang bergelar penghibur.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 28-6-2023 12:00 AM
Bukan salah aubrey. Memang taste pendengar dah berubah ikut peredaran zaman. Suara tokti pun bukannya sama macam dulu2. Banyak dah berubah. So terima je la kenyataan tokti tu bukan selamanya boleh pegang takhta penyanyi bernombor negara. Dah boleh pass baton kepada bbnu pulak.
Quote dudaberhias 28-6-2023 12:02 AM
album berkualiti tokti ni zaman 1990an dulu jah... masa zaman pak ngah tu...
lepastu mana ada dah lagu2 tokti yang memoreable dah pun...

tengok la kulit album cover pun macam topi orang sakit mental yang si @Bipolajourney patut pakai hari2...

lepastu Music video dia  lah paling sedih...

gigih buat yang tukar2 baju dalam 11 saat tu ingatkan bertukar ala2 sailormoon rupanya sekadar transformasi dari gadis desa ke makcik buat bendang jah...

[youtube]LwGCnr3N4uQ[/youtube]



Quote sharlenetexas 28-6-2023 12:08 AM
SNP ni belah lipis ke belah tok k yg manage?


Quote doubleA 28-6-2023 12:33 AM
sharlenetexas replied at 28-6-2023 12:08 AM
SNP ni belah lipis ke belah tok k yg manage?

SNP lipis. Belah dk bisnes produk2 simplysitot beausitot. SNP tu sangdewi, kakak dia saidah pun kerja SNP.

Btw teruk sgt ke hencapan kt sitism ni? Belum keluar lagi tapi konsep, nama album dan kulit album tu kot jadi bahan sampai aubrey pun bagi statement, tokti pun sentap. Iols tunggu gak nak dengar playlist tu sbb komposer pelbagai nak juga dengar lagu. Tapi kulit album punya head gear tu memang kelakar macam electric shock, maybe sebab elemen futuristik tu. Kalau headphone biasa mungkin tak la kena hencap kaw2 kot. Kesian gak mesti la down gak tokti asyik kena hencap kampung walaupun bernombor. Tapi dont worry ja jonah kebal di belakang tokti
Quote winky1 28-6-2023 05:42 AM
saya turned off bila suara ada sengau ...sbb tu tak minat....tpi akui dia top ..you cant argue with numbers...itu rezeki masing2....
Quote KBW2 28-6-2023 05:44 AM
dudaberhias replied at 28-6-2023 12:02 AM
album berkualiti tokti ni zaman 1990an dulu jah... masa zaman pak ngah tu...
lepastu mana ada dah la ...

music video Nour Eriqa paling pawerrr
Quote Purplehaz 28-6-2023 06:59 AM
Ooo nmpknya bukan aku jer x suka music Aubrey ni..jenis music rhythm bingit.

Dah agak snp yg buat decide album kali ni..sbb tu mak iti melenting bila org Komen kurang kualiti.
Quote elzy 28-6-2023 08:03 AM
Kalau dah lengok sama macam lagu2 sebelum ni memang tak layan laaa...
Quote cikgojesss 28-6-2023 08:28 AM
kaka cadangkan next album citot pasni diberi judul:
AUBREY SUWITI
ROZYTI SANGTI DEWITI
AFIYAHTI ORENTI
AFWATI JINGGATI
KHALIDINITI
SERAPTI GUNDUTI
TYATI LELUHURUTI CAPRUTI
ZONERSTI PONDANKETI
TERPALING SITI
NIRMALATI
Quote ketambangkang 28-6-2023 08:44 AM
letak la lirik comel2 sikit ting ting tang ting tara ting taketing tang ting, kompem acik2 suka
Quote lasagna 28-6-2023 08:53 AM
elok lah flop kalau betul..
taste anak muda skrg dh berbeza.
lasi chance laa org lain pegang penyanyi bernombor plak..
Quote KamikuP 28-6-2023 09:00 AM
Tokti ni gemiliang zaman arwah Adnan Abu HAssan dgn arwah Pak Ngah je.. pastu nak bereksperimen dgn pelbagai komposer terus jahanam.. cover albuum hauk, video muzik pun haukk nyahhh... apooo
Quote pembacagosip 28-6-2023 09:35 AM
KamikuP replied at 28-6-2023 09:00 AM
Tokti ni gemiliang zaman arwah Adnan Abu HAssan dgn arwah Pak Ngah je.. pastu nak bereksperimen dgn  ...

ye semua lagu asli tu mmg mendunia siti
sedap2 lagu ciptaan arwah pak ngah buat siti
termasuk lagu2 raya
evergreen sampai skrg
Quote leen_shaza 28-6-2023 10:51 AM
KamikuP replied at 28-6-2023 09:00 AM
Tokti ni gemiliang zaman arwah Adnan Abu HAssan dgn arwah Pak Ngah je.. pastu nak bereksperimen dgn  ...

Setuju
Lagu lagu album terdahulu sangat melekat dan diingati

Lepas tu....krik krik krik
Quote danieladam 28-6-2023 10:51 AM
Edited by danieladam at 28-6-2023 10:56 AM

So betollah acik² forum masih tersekat di era 90an, dahagakan muzik 90an. Tak leh move on dgn muzik era baru. Masih mengenang lagu lagu liuk lentok leleh  berhingus selera90an.

Aneh bukan..tetiba teringat Siti Nordiana. Masa lagu Gurauan Berkasih popular dlu, bukan main acik² forum time tu bbnu label siti nana dan achik nyanyi lagu kampung. Alih alih di zaman milenium GV2, tiber puja puji Siti Nana kata lagu feveret. Sian Siti Nana.

Skrg Tok Ti kena nasib sama, setiap kali klua lagu baru acik² forum yg dlu mengeji tok ti, kata rindu zaman Purnama Merindu, Jerat Percintaan..padahal dlu kutuk. Album Manifesta terbukti 3 lagu mara ke AJL. Tapi acik kertu masih tersekat di zaman 90an merindui lagu leleh. So, lagu Manifesta tu siapa yg vote sampai masuk AJL? Sampai jd popular?

Kesan daripada cacian ni lah Nek Jenna dan Kak Mitch Donat x nak dah klua lagu baru. Bimbang acik kertu forum x leh move on dgn lagu diorg yg dlu. Nek Ella, Nek Shiela, Acik Dayang klua album baru pon terima nasib sama, tehtap acik forum mengenang zaman Sembilu, Sinaran, SMAC walau depa dah muncul dgn lgu baru.

Siapa yg salah sebenarnya?

Nak ikut selera acik forum kertu atau nak ikut pasaran semasa anak muda?
Quote Sazreena 28-6-2023 12:27 PM
Zaman mak itik ni sebenarnya dah berlalu tapi dia tak leh terima hakikat sebab tanggungan kan banyak..tu yg mengonsert dan mencapub je kejenya. Selagi team mak itik masih lagi bernuansa lipis, just forget it la.
Quote ciksom 28-6-2023 01:19 PM
Zaman dia dah habis kot. Pendengar dah bosan. Pendengar nak dengar lagu bbnu atau lagu kpop.walaupun tak paham sepatah Haram.
Quote anilanil 28-6-2023 01:30 PM
Creative team maybe dah berusia semua. Nengokkan design hoodie yg maha hauk apalah sgt nak diharapkan dgn design cover album. Or maybe target market dia mmg utk rakan sebaya & ke atas?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038815 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top