CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waspada! WHO Beri Amaran Covid-19 'Belum Hilang'

27-6-2023 10:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 873| Komen: 9

Copenhagen: Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah memberi amaran bahawa risiko COVID-19 masih belum hilang dan mendakwa kira-kira 1,000 kematian pada setiap minggu direkodkan.

Badan kesihatan global pada awal Mei lalu mengumumkan wabak COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai kecemasan kesihatan global.

Pejabat WHO Eropah memberi amaran bahawa risiko COVID-19 masih belum hilang dan mendakwa kira-kira 1,000 kematian pada setiap minggu direkodkan. - Foto AGENSI

"Walaupun ia mungkin bukan kecemasan kesihatan awam global, COVID-19 masih belum hilang.

"Hampir 1,000 kematian baharu COVID-19 terus direkodkan di seluruh eropah pada setiap minggu," kata Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge kepada media.

Hans juga menggesa pihak berkuasa untuk memastikan liputan vaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus kepada kumpulan mereka yang berisiko.


Beliau turut memaklumkan anggaran menunjukkan bahawa satu daripada 30 orang atau kira-kira 36 juta orang di Eropah mengalami 'Long COVID' dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Badan kesihatan berkenaan juga menggesa kewaspadaan dalam menghadapi kebangkitan semula wabak cacar monyet selepas merekodkan 22 kes baharu di seluruh Eropah pada Mei serta kesan kesihatan gelombang haba. - AFP


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 27-6-2023 11:01 PM
#nakjualbeksinlagiletu
Quote antikorok 27-6-2023 11:25 PM
Edited by antikorok at 28-6-2023 12:29 AM

Air terpaling soci daripada noda dan dosa dijamin SALAMATT DAN BERKESAN serta tiada kematian terkait olehnya yang kalau expired pong boleh extend lagik jikalau tak laku pung ujong2 buleh derma ke negara lain mahupon humban teross ke lobang pelupusan puaka jahanam Segitiga Bermuda sana tuhhh tersengih sinissster gaytohhh
Quote Decaffeinated 27-6-2023 11:54 PM
Seribu kematian seminggu tu banyak ka sikit?

Don't just bagi number, bagi lah perspektif. Kot2 orang mati berangan pun lebih seribu seminggu.

Quote Tinot7 28-6-2023 06:18 AM
Kobid is here to stay..
Quote FOTHER-MUCKER 28-6-2023 07:30 AM
Di hospital masih ada warga emas yang di jangkiti Covid, Memang ada. Awal tahun 2023 pun saya 2 kali dijangkiti kovid
Quote twins 28-6-2023 11:20 AM
memang la covid masih ada ... kawan opis aku baru jer balik dr kuarantin kena kovid.  sepupu aku pun last month kena kovid 2nd time.  terpulang la kat masing2 mcmana nak handle diri sendiri...
Quote Belibis 28-6-2023 11:21 AM
Belum move on lagi who ni..nak prankdemic lagi ler tu.
Quote nw111 28-6-2023 11:51 AM
Lantak le heh..x mati covid, mati sbb lain..yg pasti tetap akan mati..
Quote CiliPadiSedap 28-6-2023 04:12 PM
kiranya vaksin berkesan ke? sbb xde kronik tumbang masuk icu. dulu ngeri betul. cucuk takut mati tak cucuk takut paru2 tersumbat. berserah pada takdir ilahi. my aunty.my friend dalam forum, jiran sorang dah perg. jiran 3 hari cucuk dah pergi.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059117 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top