CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Mengaku Salah 'Pukau' Dua Wanita

27-6-2023 08:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 234| Komen: 1

Kangar: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dua pertuduhan menipu dua wanita menyerahkan barang kemas bernilai RM29,000 di Kangar dan Arau di sini, pada Januari dan awal Jun lalu.


Tertuduh, Kilin Demar, 65 dari Tampoi, Johor, Mesri Bakri, 56, dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan warga Indonesia, Jori Harahap, 58 dari Tanjung Pinang, Indonesia hanya mengangguk faham dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di Mahkamah Majistret 1 dan 2 di sini.

Tertuduh, Kilin (tengah, berbaju biru muda), Jori (kiri sekali) dan Mesri (dua dari kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kangar sambil diiringi oleh anggota polis yang bertugas di Kompleks Mahkamah, Kangar. FOTO AIZAT SHARIF


Kes dibicarakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md Ali dan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati menipu Azizah Mat Noh, 71 dengan memperdayakan mangsa kononnya boleh membantu memurahkan rezeki.

Ini mendorong Azizah menyerahkan dua utas rantai tangan emas bernilai RM10,000 selepas diarahkan tertuduh di Pasar Pokok Getah, Arau di sini, sekitar jam 8.30 pagi, 27 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati menipu mangsa, Noraini Senawi, 52, dengan menawarkan khidmat perubatan.

Ini menyebabkan Noraini menyerahkan barang kemas miliknya bernilai RM19,000 selepas diarah tertuduh di Pasar Besar Sena, Kangar sekitar jam 10 pagi, 3 Jun lalu.

Berikutan itu ketiga-tiga tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom dan Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh, Kilin dan Jori diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Ahmad manakala Mesri diwakili peguam Mohd Hakim Hamran.

Majistret Siti Norhasliza dan Ana Rozana menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin kecuali tertuduh, Jori yang perlu diikat jamin dengan dua penjamin warganegara Malaysia memandangkan dia adalah seorang warganegara Indonesia.

Pada 3 Jun lalu, tiga lelaki termasuk warga Indonesia berjaya ditahan selepas disyaki melarikan barang kemas milik seorang suri rumah dengan teknik pukau di Pasar Besar Sena, Kangar.

Ketika kejadian, mangsa berusia 51 tahun sedang membeli barang sebelum didatangi dua suspek (termasuk warga Indonesia) yang menawarkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Suspek meminta mangsa mengikut mereka ke kawasan berdekatan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan dan kemudian meminta mangsa menyerahkan dua utas gelang emas dan cincin serta sepasang subang emas bernilai RM19,000.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 27-6-2023 09:39 PM
Wah ada org nama sama cico harahap tiberrr

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.075255 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top