CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wilayah Mongolia Dikuarantin Akibat Wabak 'Black Death'

27-6-2023 07:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1518| Komen: 23

Ulan Bator: Kuarantin seminggu dilaksanakan di Wilayah Govi-Altai di barat Mongolia berikutan kejadian wabak disyaki bubonik, juga dikenali sebagai "Black Death", menurut kenyataan pejabat gabenor wilayah itu pada Selasa.


Kes itu yang disyaki telah dilaporkan di Bugat soum (daerah pentadbiran kecil) wilayah itu, kini diasingkan di hospital tempatan, lapor Xinhua.

Gambar hiasan

Walaupun Mongolia mengharamkan memburu marmot, ramai penduduk menganggap haiwan itu sebagai makanan istimewa dan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Daripada kesemua 21 wilayah di Mongolia, 17 berisiko dijangkiti wabak bubonik, menurut Pusat Kebangsaan Penyakit Zoonotik negara itu.

Wabak bubonik, wabak paling biasa yang disebabkan oleh bakteria yersinia pestis, yang hidup dalam populasi tikus dan disebarkan oleh kutu yang telah menggigit haiwan yang dijangkiti, seperti marmot.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia orang dewasa boleh maut dalam tempoh kurang dari 24 jam jika tidak diberikan rawatan segera.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-6-2023 07:26 PM
Tazzabar nak lauk daun
Quote antikorok 27-6-2023 07:45 PM
Sepupu sepapat leluhur terpaling selera eksotik haiwan liar dasar kebulur namampos segala haiwan eksotik nak dikedarah sampai habis segala penyakit zoonotik berjangkit kepada seluruh ummah maknosia. Kalau mampos dijangkiti wabak tuh pung mohon jangan libatkan ummah negara lain yg tak makan haiwan liar tu yachh. Natural selection for the stupidest and dumbest people. Puih gaytohhh!
Quote Tinot7 27-6-2023 07:48 PM
Semoga dipermudahkan urusan.. harap2 tak mai ke mesia lerr..
Quote tikusmontok 27-6-2023 08:56 PM
Omg..gigih la nak makan hewan purba, ayam ikan lembu dah tak sedap ke
Quote AbukRokok 27-6-2023 09:07 PM
Marmot? Mammoth? Bukan dah pupus ke
Quote imanjannah 27-6-2023 09:11 PM
jgn la nak. mulakan apa2 mcm wabak wuhan tu.. jgn la tersebar keluar
Quote dua_chzy 27-6-2023 09:17 PM
tikusmontok replied at 27-6-2023 12:56 PM
Omg..gigih la nak makan hewan purba, ayam ikan lembu dah tak sedap ke

Bukan mammoth da...

Marmot tu macam tupai gergasi kat Mongol sana. Macam juga tikus (guinea pig) gerga aku tengok.

[youtube]JrPxZMlsn1Y[/youtube]
Quote dua_chzy 27-6-2023 09:17 PM
Aiols bet Marmot taste macam arnab sebab bulu tebal dan gemuk berlemak.
Quote tikusmontok 27-6-2023 09:53 PM
dua_chzy replied at 27-6-2023 09:17 PM
Bukan mammoth da...

Marmot tu macam tupai gergasi kat Mongol sana. Macam juga tikus (guinea pig)  ...

Halamaak silap la cigu, dok terbayang mammoth pulak
Quote PULANGKAN 28-6-2023 02:32 AM
aik, ada balik black death ni

calling agent Pied Piper
Quote dudaberhias 28-6-2023 02:38 AM
tak vaksin ke?

tapi black death ni rawat pakai antibiotik je kan...

teringat doktor yang pakai mask ala2 burung enggang di waktu zaman black death...

Quote miracle_forever 28-6-2023 04:01 AM
tikusmontok replied at 27-6-2023 09:53 PM
Halamaak silap la cigu, dok terbayang mammoth pulak


chuols mentioned mammoth, teringat movie ice age pulak! boleh buat kenduri sekampung kot kalau dapat tangkal seekor mammoth
Quote tikusmontok 28-6-2023 06:08 AM
miracle_forever replied at 28-6-2023 04:01 AM
chuols mentioned mammoth, teringat movie ice age pulak! boleh buat kenduri sekampung kot kalau dap ...

Meols pulak teringat pencairan permafrost akibat pemanasan bumi, segala virus yg tertanam ribuan tahun dulu dah keluar balik

The Black Death (also known as the Pestilence, the Great Mortality or the Plague) was a bubonic plague pandemic occurring in Western Eurasia and North Africa from 1346 to 1353. It is the most fatal pandemic recorded in human history, causing the deaths of 75–200 million people, peaking in Europe from 1347 to 1351.
Quote krustykrab 28-6-2023 07:13 AM
dua_chzy replied at 27-6-2023 09:17 PM
Aiols bet Marmot taste macam arnab sebab bulu tebal dan gemuk berlemak.

Iols prnh mkn arnab tp tak rasa spesial pun...sekali tu je mkn.
Quote shernazz 28-6-2023 07:23 AM
dudaberhias replied at 28-6-2023 02:38 AM
tak vaksin ke?

tapi black death ni rawat pakai antibiotik je kan...

Iols kalau jumpa orang pakai gitu kat tengah jalan..iols sanggup.lari
Menyeramkan...
Quote ninja9 28-6-2023 07:26 AM
[youtube]iUXAHc-ABoY[/youtube]
Quote ultra78 28-6-2023 07:45 AM
dua_chzy replied at 27-6-2023 09:17 PM
Bukan mammoth da...

Marmot tu macam tupai gergasi kat Mongol sana. Macam juga tikus (guinea pig)  ...

Comel. Boleh dia duk senyap waktu dimandikan
Quote faraway1 28-6-2023 07:52 AM
Ah jangan....

Nak balik malaysia dah ni, lama tak balik sejak pandemic 2020
Quote shamsadis 28-6-2023 08:32 AM


susah negara China ni....

[twitter]https://twitter.com/i/status/1673739050002399359[/twitter]

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.048648 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top