Ipoh: Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, terbakar, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata, kebakaran membabitkan memusnahkan 40 peratus pejabat itu. Katanya, panggilan diterima 3.14 petang tadi dengan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan bantuan Pegawai Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru serta PBS Menglembu digerakkan ke lokasi. Menurutnya, tiada laporan kecederaan mahupun kehilangan nyawa dan operasi diketuai Ketua Balai, BBP Ipoh, Azman Hussin tamat, 4.43 petang tadi. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT