CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Kisah Sekiranya Shuib Melebihkan Isterinya Dan Keluarga Mentua Baharu,"-Raissuddin Hamzah

27-6-2023 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1202| Komen: 4

Bekas bapa mentua Shuib iaitu Raissuddin Hamzah yakin Watie mampu menjaga empat cucunya dengan baik.

Melihat kepada keakraban Watie dengan cucu-cucunya, dia yakin usahawan itu mampu menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab.


Foto: IG

"Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik.

"Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

"Apa yang bakal berlaku di hadapan biarlah Allah yang tentukan. Setakat ini, saya yakin Watie mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik," kata Raissuddin.

Raissuddin yang juga bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengakui gembira dengan perkahwinan menantunya.

Katanya, walaupun anaknya sudah meninggal dunia, tetapi Shuib tidak pernah meminggirkannya, malah sering mengutamakannya dalam segala hal sehingga hari ini.


Raissuddin menambah, dia juga tidak kisah seandainya menantunya itu lebih mengutamakan Watie berbanding dirinya kerana memang itulah seharusnya dilakukan sebagai suami.

"Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu.

"Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

"Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi," katanya.

Ditanya apa nasihat yang dititipkan, katanya, tiada sebarang pesanan diberikan kepada menantunya itu kerana dia yakin Shuib seorang yang sangat bertanggungjawab.

"Tiada apa yang ingin saya nasihatkan, Shuib seorang yang sangat prihatin dan akan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara," katanya.

Shuib bergelar suami kepada Watie pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya.

Sebelum ini, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 27-6-2023 07:04 PM
Elok lah pakcik sedar diri..
Kurangkan mencabup
Kurangkan melekat di rmh soeb
Quote matjerk 27-6-2023 07:25 PM
"Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu.

"Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

"Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi," katanya.

Bagus pakcik ni fikir mcm ni..
Quote dudaberhias 27-6-2023 07:56 PM
waktu berduit semua orang boleh jadi menantu ke ibu tiri yang terbaik gittuh atok...
patutnya waktu di uji seperti dalam kesusahan baru lah timbul segala masalah...

btw tak habis2 lagi ye cerita pasal duda kutub selatan yang dah basi ni... dah kahwin dah pun orangnya kan...

Quote hanihan16 27-6-2023 08:02 PM
suib dgn bapak kandung dia tak rapat eh? i pernah tertengok ig bapak dia mcm suib jenguk sekali sekala je. dia dah anggap pacik raisudin mcm pengganti bapk dia kot, tu yg dia tak kesah pacik raisudin bertunggu tangga kat rumah dia.

agak2 in law baru suib demand nak duduk rumah suib jugak tak?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.179873 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top