CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amylea Azizan Didakwa Dibesarkan Di Kelab Malam, Dituduh Simpan Arak Dalam Peti Ais Rumah

27-6-2023 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2910| Komen: 23

Amylea Azizan kesal dengan tindakan seorang netizen yang menuduh dia menyimpan minuman keras di rumah.

Menurut Amylea, 36, tuduhan itu merupakan satu fitnah berat dan menuntut individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas komen ditulis itu.


Foto: IG

"Orang ini menuduh saya ada arak di dalam peti ais rumah saya. MasyAllah, dia respond kepada satu artikel yang menulis tentang saya yang tidak pernah minum arak.

"Kepada siapa yang kenal dengan orang ini, saya beri masa untuk dia tampil buat permohonan maaf kepada saya sebab saya tidak akan maafkan dosa fitnah dan cuba menyebarkannya," katanya.

Amylea berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa.

Menerusi komen yang dipaparkan itu, individu berkenaan menuduh penyanyi lagu Melepaskanmu ini menyimpan minum beralkohol di dalam peti ais rumahnya.


Bukan tuduhan itu sahaja, seorang lagi netizen turut menulis komen mendakwa Amylea dibesarkan di sebuah kelab malam.

"Saya juga individu ini untuk meminta maaf kepada ibu saya, dan saya bersimpati pada dia kerana tidak berpeluang untuk meminta maaf kepada arwah ibu saya.

"Sebelum bercakap awak kena faham apa yang mereka telah lakukan untuk membesarkan saya dan apa yang ayah dan ibu saya ikhtiarkan selepas itu untuk menjauhkan mereka dari terus berkerja di situ dan berjaya," kongsinya.

Tambah Amylea, individu berkenaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada kisah hidupnya dan bukan sekadar mencari keburukan semata-mata.

Malah dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan.

"Kenapa tidak melihat kebaikan dan pengajaran tentang cerita saya, tapi hanya mencari keburukan. Adakah semua datang dari dunia yang tidak cerah akan berakhirnya gelap? Dan yakinkan kamu di besarkan tidak diuji begini akan diterima ibadahnya.

"Siapa kamu untuk berkata begitu lagi sekiranya Allah menerima taubat?

"Saya masih berfikir untuk saman fitnah ini tapi saya beri masa untuk diri saya dan orang ini untuk muhasabah. Semoga Allah beri jawapan yang terbaik. Dia patut tahu dia boleh lukakan hati saya tapi bukan ibu saya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EncikRhoma 27-6-2023 06:09 PM
Cubaan utk menaikkan nama yg sendu ke? I suka lagu2 amylia. Suara dia pun boleh la layan tapi tak tau kenapa tetap sendu
Quote ashilalat 27-6-2023 06:37 PM
Screenshot_20230627_164556_com.instagram.android_edit_249360660958303.jpg

Screenshot_20230627_164549_com.instagram.android_edit_249373539756217.jpg

Macam kenal tak komen ni kat mana?
Quote Pujangga22 27-6-2023 06:58 PM
dalam forum ni errk
Quote Nozot 27-6-2023 07:00 PM
ashilalat replied at 27-6-2023 06:37 PM
Macam kenal tak komen ni kat mana?

Kat thread mana nie..di Bod nie ke?
Quote matjerk 27-6-2023 07:02 PM
ashilalat replied at 27-6-2023 06:37 PM
Macam kenal tak komen ni kat mana?

Rajin dia baca forem.. dia baca thread mana tu? X pnh tgk pun thread dia lalu?
Quote ashcroft86 27-6-2023 07:03 PM
Biar kena forumer2 terhazab tu. Hidup dlm bubble. Perjalanan hidup org x sama. Bersyukurla hidup normal, makpak org baik2, kerja elok. Rasa mulia la dok ngata org cenggitu.
Quote Zack8hunter 27-6-2023 07:10 PM
mendunia acik2 forum
Quote dinosaurpink 27-6-2023 07:18 PM
ashcroft86 replied at 27-6-2023 07:03 PM
Biar kena forumer2 terhazab tu. Hidup dlm bubble. Perjalanan hidup org x sama. Bersyukurla hidup nor ...

Hahaha aku nak gelakkan je kalau betul2 kena
Acik2 porem board gosip ni majoritinya kalau ngomen mmg mcm hina sangaatttt je retis tu pada dia
Berlumba2 nak komen paling kelakar la konon
Mcm masing2 bagus sgt


Thread ni Sejak Kecil Dah Masuk Ke Bar- Amylea Azizan Dituduh Sebagai Perokok, Pemabuk, Penagih Dan Kaki Kelab Malam

Quote codenamedream 27-6-2023 07:25 PM
Parents dia mmg musician bar. Dari zaman AF trek selebriti Jimmy Shanley dia dah habaq.
Sedangkan Aina Abdul pun pernah nyanyi kat bar untuk cari makan.
Merasa kertu pulak meols.
Quote dudaberhias 27-6-2023 07:36 PM
iols baca title dah agak mesti citer yang dalam forum ni haritu...

tapi muka sheols takde pun rhoper menonggang...
sekadar pakaian gitu ramai je pakai gitu kat luar sana...
dalam tv pun berderet pelakon pakai gitu...

Quote likilu 27-6-2023 07:42 PM
dudaberhias replied at 27-6-2023 07:36 PM
iols baca title dah agak mesti citer yang dalam forum ni haritu...

tapi muka sheols takde pun rhope ...

Tiberrr kurexberhias komen sopan takde laharan

Lemah lembut gini pun ada org kata multinick stingy apalah nasib ek
Quote dudaberhias 27-6-2023 07:53 PM
likilu replied at 27-6-2023 07:42 PM
Tiberrr kurexberhias komen sopan takde laharan

Lemah lembut gini pun ada org kata multinick stin ...

ahahaha tapi sheols takde apa yang boleh di lahar kaka...sebab sheols sejenis tak kacau orang pun...

cuba kalau thread pasal kapel basi tua gayut shuib...
harus di lahar tak cukup tanah...





Quote Realpeople17 27-6-2023 08:16 PM
codenamedream replied at 27-6-2023 07:25 PM
Parents dia mmg musician bar. Dari zaman AF trek selebriti Jimmy Shanley dia dah habaq.
Sedangkan Ai ...

Arwah pak dia dulu penah jd penyanyi kat berjaya hotel langkawi beberapa tahun. Mse tu amylia ni kecik lg. Kdg2 amylia ni pun ada jugak tgk @ join pak dia nyanyi. Mmg ank branak yg bleh menyanyi la..
Quote codenamedream 27-6-2023 08:20 PM
Realpeople17 replied at 27-6-2023 08:16 PM
Arwah pak dia dulu penah jd penyanyi kat berjaya hotel langkawi beberapa tahun. Mse tu amylia ni k ...

Dah arwah bapak dia. Takziah diucapkan.
Lagi lah sheols terkesan.
Quote sharlenetexas 27-6-2023 08:31 PM
Makin hot forum cari.


Quote Realpeople17 27-6-2023 08:32 PM
codenamedream replied at 27-6-2023 08:20 PM
Dah arwah bapak dia. Takziah diucapkan.
Lagi lah sheols terkesan.


Maybe ayat mmbesar dlm kelab mlm kedengaran agak harsh ataupun tuduh dia minum tu buat dia triggered apetah lg mmbabitkn pak dia yg da takde. Dia mmg ada ikut pak dia kalo pi perform kn. Amylia sndiri pun mse kat af byk citer psl family dia menyanyi and buat band sndiri kn kalo tak silap.
Quote Thunderclouds 27-6-2023 08:42 PM
Hah. Tu lar.
Bila hembus retis tu mcm teda sempadan.
Mentang² retis auto free for all.
Kalo baca komen sekor² nauzubillah.
Mcm tinggal serumah tidoq sebantal ngn tuan badan.
Nk dok tepi mkn popcorn kot² ada acik porum yg kna angkut.
Muka ada nur ke idok.
Quote TomyamPuteh 27-6-2023 09:36 PM
Muka tua betul la dia ni.
Quote Atata 27-6-2023 09:56 PM
Tu la korang.. prinsipnya, kalau dah takde benda baik nak sebut, takyah sebut langsung. Kita buka thread amylea pastu kita rasa mcm x berkenan, tak payah la rajin sangat nak tulis yg kita tak berkenan tuu. Dah tu bahasa pun jahat sangat.. mcm dah xde kerja sangat lah nak menaip benda keji2 kat orang xda salah. Lain la macam kes2 viral si ira kaza ke, ijrin ajminda ke.. tu kita ramai2 membawang ok lah lg. ni kat thread2 sendu punnn korang rajin sangat nak campak bom. Bahasa tu elok lah sikit jangan lah longkang sangat.. kadang korang yang jahat sangat jemari tu, cuba reflect kenapa korang jadi macam tu. Korang tak happy ngan life korang ke? Cek balik kenapa jadi macamtu? Ada isu hidup yang tak settle?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041379 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top