CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Nak Pecah Masuk Rumah, Lelaki Terjatuh Dari Siling-Tuan Rumah Bagi Nasihat Padu" Kau Ada Kaki, Ada Tangan Pergi Kerja"

27-6-2023 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 393| Komen: 0

Seorang lelaki dipercayai warga asing ditangkap ketika cuba memecah masuk sebuah rumah baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook memaparkan suspek berjaya ditangkap selepas dia terjatuh dari siling tandas rumah tersebut.


Difahamkan, video kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu lalu itu dirakam oleh pemilik rumah tersebut.



Dalam video berdurasi 37 saat itu, kelihatan suspek terbaring di satu sudut lantai dan diikat tangannya.

Difahamkan, suspek ditangkap oleh pemilik rumah tersebut dan videonya dirakam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Namun begitu tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Dalam video tersebut, kedengaran suara perakam sempat menasihati suspek.


"Kau pecah rumah orang, kau jatuh dan kau sendiri yang kesakitan.

"Kau tengok macam mana kau boleh jatuh? Kau ada kaki, ada tangan pergi kerja. Kenapa tak nak kerja dan mencuri?

"Mencuri selepas itu menyusahkan orang," katanya.

Video yang dimuat naik itu juga meraih perhatian warga maya kerana tindakan pemilik rumah tersebut yang masih bersikap 'lembut' terhadap suspek.

"Rohingya kalau kantoi mencuri, dia punya drama memang kalah Yusof Haslam. Nasib bos baik tak pukul terus hantar ke balai," kata Mohd Halim Ismail.

Seorang lagi pengguna Facebook, Wan Cobain memuji tindakan pemilik rumah tersebut yang tidak memukul suspek.

"Terbaik, santai sahaja dan tak ambil undang-undang sendiri. Ikat dan terus serah kepada pihak polis. Bagi dia merasa duduk dalam penjara," katanya. CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.198099 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top