Shiha Zikir meniru gaya Mus May di sebuah program nyanyian. Menerusi video tersebut, Shiha meminta pemain muzik untuk memberikan ‘key’ yang tepat untuk dia membawakan lagu daripada kumpulan May berjudul Sinar.
Aksi Shiha itu menghiburkan rata-rata penonton dan juga pemilik lagu tersebut yang hadir selaku juri. Namun, apa yang membuatkan semua penonton ketawa terbahak-bahak adalah apabila Shiha sedang rancak bercakap, dia ingin menyebut nama Mus tetapi tersasul menjadi ‘Jus’. “Tiba-tiba abang jus pulak memang lawak sungguh “Abang Mus jadi abang Jus. Dijuskan “Abang Mus sporting okay,” tulis netizen. -CARI
Sumber: XTRA |
ADVERTISEMENT