CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Tak Ada Covid-19 Dah Lama Zizan Razak Bergelar Haji

27-6-2023 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1212| Komen: 14

Jika tidak kerana penularan Covid-19,  Zizan Razak, 39, sepatutnya sudah bergelar haji ketika ini.

Namun, disebabkan itu, dia yang sepatutnya menunaikan haji pada 2020 tidak dapat berbuat demikian.


Foto: IG

Bagaimanapun, Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo 3 reda dengan apa yang berlaku.

"Insya-Allah memang ada perancangan untuk ke sana. Sebenarnya kalau ikut kata-kata Rasulullah SAW, apabila dua kali pergi umrah, kali ketiganya kena pergi haji.


"Saya dah selesai buat dua umrah. Tinggal nak pergi haji saja tapi belum berkesempatan. Insya-Allah tahun depan saya dapat pergi. Kita sama-sama doakan.

"Sebenarnya itu jadi panduan buat saya sebab bila saya sampai sana sebelum ini, saya tengok orang bersungguh-sungguh buat ibadah termasuk ada yang berkerusi roda," katanya.


Baginya, orang yang masih muda dan tenaga masih kuat boleh menunaikan haji secepat mungkin tanpa perlu menunggu usia tua.

"Masa tengah kuat, tengah ada duit, tengah boleh cari duit, tolonglah pergi sana. Tolong pergi kerana kita tengah muda ini yang buat kita lagi bersemangat.

"Tengah muda ini kita sampai sana buat kali pertama, doa Allah makbulkan. Doa saja apa yang kita nak," katanya.


Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Aidiladha, Zizan berkata, bapanya, Abdul Razak kini berada di Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima ini buat kali pertama.

"Saya akan sambut Aidiladha dengan emak di Kuala Lumpur. Sambutannya mungkin ala kadar dan sederhana saja," katanya.

Dalam perkembangan lain, dia teruja apabila telefilem arahannya bersama Issey Fazlisham iaitu Heist Diladha akan menemui penonton, Khamis ini.


"Saya nak berterima kasih kepada peminat yang tonton Heist Dilfitri sebelum ini. Peminat yang buat ia jadi 'rating' nombor satu di Astro Demand.

"Saya pun tak sangka pihak Astro hubungi saya ajak buat Heist Diladha pula. Saya pun 'present' dan kali kedua lulus serta dalam jangkamasa yang pendek kita terus buat penggambaran," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-6-2023 03:35 PM
dah gi haji nanti jangan nak menggesel ngan awek awek pelakon mix lagi ye.... gitteww selera batang losong.. ekekekekeke
Quote dudaberhias 27-6-2023 04:04 PM
ada la hikmah di sebaliknya tu kalau si hidung kopok losong ni tak dapat pergi masa tu...

btw ko ni kopok losong tak habis2 duk pakai cap kulu kilir... dah la rhoper pun dah macam keropok losong kering, siap kena vacuum lagi dalam plastik seal...

ko hengat ko masih muda kah nak pakai topi gitu... masih feeling2 bbnu dan stuck di zaman umur 18 tahun gittuh...

si johan teman seperjuangan tu pun dah pandai ubah penampilan ikut umur...

tapi lagi dahsyat la sebab tertukar gender dengan bini... si bini jadi laki... si laki jadi pompuan...

rhoper kau pulak sekarang macam kangkung parit jah...

Quote 800214 27-6-2023 04:16 PM
Lah.. Kakak I x dpt pegi 2020 selamat dah pegi 2022...
Quote KamikuP 28-6-2023 12:57 PM
Cuba buat rayuan mesti dapat pegi le Ziazan oii
Quote ciksom 28-6-2023 01:05 PM
Kalau pergi swasta yg bayar mahal tu kene ikut giliran juga ke?
Quote Rogue98 28-6-2023 01:10 PM
Sebab Allah tak jemput lagi...buat rayuan insyallah tahun depan ada rezeki.
Quote anilanil 28-6-2023 01:23 PM
Allah belum beri jemputan. Redha je la. Btw duit byk pi la join pakej umrah T20 hajah lopak & bininya.
Quote 3chanceno 28-6-2023 01:50 PM


Kalau 2020 tak dapat pergi,  untuk 2022 masih boleh chek dgn TH  kalau tak dapat 2022, boleh  gi tahun nie dgn abah ko tu..Meols harap bukan sekadar buat konten untuk promot telefilem dia tu
Quote lasagna 28-6-2023 01:57 PM
ciksom replied at 28-6-2023 01:05 PM
Kalau pergi swasta yg bayar mahal tu kene ikut giliran juga ke?

tak perlu, once register dgn swasta terus bleh pegi, insyaAllah..
kalau muassasah ya, sbb direct dijemput dgn TH.
Quote ciksom 28-6-2023 02:02 PM
lasagna replied at 28-6-2023 01:57 PM
tak perlu, once register dgn swasta terus bleh pegi, insyaAllah..
kalau muassasah ya, sbb direct di ...

Bolehla zizang lekor tu Hajj swasta.kaya kan. Tak yah la beratur dgn TH mcm setaraf dgn Aku je tunggu giliran.
Quote lasagna 3-7-2023 08:25 AM
ciksom replied at 28-6-2023 02:02 PM
Bolehla zizang lekor tu Hajj swasta.kaya kan. Tak yah la beratur dgn TH mcm setaraf dgn Aku je tun ...

boleh jer chuols, tp slalunya kalau Allah tu blom menjemput umat dia pun, no point dia bg tau tak dapat pegi.. hati tu berat jer lagi nk pegi, kang dah ada tittle haji ni, bila nk buat benda tak bape nk elok, org pula berkata2.. aaaggiiteww #huznuzon
Quote lazim 3-7-2023 08:39 AM
Tah hape2 beriya nasihat pergi masa muda bgi . Masalahnya dia pon blm pergi. Bnda xckp pon semua org tahu ms muda msh kuat
Quote anony-mous 3-7-2023 10:09 AM
dudaberhias replied at 27-6-2023 04:04 PM
ada la hikmah di sebaliknya tu kalau si hidung kopok losong ni tak dapat pergi masa tu...

btw ko ni ...

Xbaik tau kaka kutuk heols semata2 sbb pakai cap. Sah2 sbb nk cover rambut yg semakin hilang
Quote johan-adx 3-7-2023 10:35 AM
ciksom replied at 28-6-2023 01:05 PM
Kalau pergi swasta yg bayar mahal tu kene ikut giliran juga ke?

furada tkde giliran..
dia ikut kuota dr arab saudi..klu kata thn tu buka terus booking dan byr
tp kena hati2.takut ditipu je

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079641 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top