CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acah Bawa Bagasi Isi Duit Berkepuk! Fighter La Sangat, Founder Kantoi Sewa Pesawat Sama Di Airport Subang?

27-6-2023 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2614| Komen: 20


Masyarakat kini lebih bijak menilai dan tidak lagi percaya bulat-bulat apa yang dipaparkan menerusi media sosial terutama sisi kemewahan dipaparkan golongan usahawan.

Sebilangannya mungkin hanya ‘drama’ pemasaran pihak tertentu.




Baru-baru ini, sekumpulan pengasas produk serta pelabur saham dilihat memuat naik content yang seakan-akan sama di TikTok. 

Masing-masing muncul dengan penampilan segak lalu keluar daripada sebuah kereta mewah. 


Kemudian, mereka akan membawa beg atau bagasi berisi duit berkepuk-kepuk untuk dikira dalam sebuah pesawat peribadi.

Pun begitu, nampaknya netizen mula mengesyaki mereka ini hanya menyewa jet berwarna hijau sama iaitu model N888FJ. 

Hasil carian mendapati, lokasi rakaman itu dibuat adalah bertempat di Execujet MRO, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.



Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur selain mula mendedahkan kecurigaan yang dilihat mereka. Antara yang kurang masuk akal adalah tindakan meletakkan kereta berhampiran parkir pesawat.

Bahkan kata netizen lagi, seharusnya ada juruterbang dan pramugari yang menyambut kemasukan penumpang ke pesawat peribadi itu.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 27-6-2023 03:37 PM
Entah2 duit tu pun fake.

Takde pulak pegawai sprm & lhdn standby siap2 dalam kapal terbang tu ye? Zaman dah maju, orang swipe pakai kad scan qr code dah sekarang ni. Yang founder terkutuk ni dok la usung duit kehulu kehilir. Takde pulak orang nak rompak dorang ye
Quote kucingitam 27-6-2023 05:05 PM
bodoh je org yang percaya org yg flex kekayaan gini..lagi2 budak2 muda...
Quote cikatilia 27-6-2023 05:10 PM
mcm bangang.. time2 tu la nak mengira duit...
sah2 la dlm akaun pon ciput aje duit harapkan org kena tipu so dia dpt duit.
Quote Daftpunk_shine 27-6-2023 05:16 PM
Rumah banglo pun sewa wei..per day..untuk photoshoot nk buat content.
Quote prettyuglybabe 27-6-2023 05:23 PM
yang i kelakar, acah busines dalam flight..
kira-kira duit masuk beg bangun salam pastu gerak..
kau terjun pakai parachute ke
lain kali nak berlakon biar la nampak real..
tunjuk la dah take off baru berbisnes..
baru nampak bisnes atas awan..
kalau takat nak bagi duit pastu turun, baik tunjuk dalam limo sewa tu jah..
Quote PULANGKAN 27-6-2023 05:51 PM
hahaha. lawak sungguh

orang betul2 kaya mana nak ngaku kaya
Quote Tinot7 27-6-2023 08:29 PM
Lorr.. sumer sewa, deme dok mana ekceli?
Quote KamikuP 28-6-2023 12:35 PM
Muka reppit rambjt karat bifoti duduk rumah pprt sesekali shoot nak impress/sakau org lain apa salahnya cuolss.. ekekeke
Itu psl founder/influencer hati tak tenang dan depress selalu .. ekekeke
Quote anony-mous 5-7-2023 01:41 PM
Binodino replied at 27-6-2023 03:37 PM
Entah2 duit tu pun fake.

Takde pulak pegawai sprm & lhdn standby siap2 dalam kapal terbang tu ...

Baru nk ckp benda yg sama rasanya duit fake, bag lv pon fake. Hat rm50 atas tu je yg asli
Quote liyamariska 5-7-2023 10:24 PM
Edited by liyamariska at 5-7-2023 10:26 PM

nape kelaku mereka suma ni tampak caprut konon acah kaya tapi serious look tacky and cringe...


Quote gekkou 5-7-2023 10:50 PM
lepas tu ada plak yang percaya
bongok berganda2
Quote Cyempaka 6-7-2023 10:25 AM
Padahal sekor sekor muka xcukup vitamin dam kelihatan begitu bongok
Quote otai_g 7-7-2023 05:05 PM
Kalo main saham ni kaya tutup la semua opis kat msia ni. Jom main saham je kat hp. X payah pening2.
Quote mamapea 12-7-2023 02:21 PM
mggu lps ada la budak2 muda dok ambik video kt weststar jln tun razak ni...aku lalu situ tgk diorg mcm dok berlakon ke apa ntah la...xtau la buat content ke apa...
Quote wirazam 22-7-2023 11:24 AM
Daftpunk_shine replied at 27-6-2023 05:16 PM
Rumah banglo pun sewa wei..per day..untuk photoshoot nk buat content.

Kereta sport dan mewah pun sama ye
Quote Yoonggi 26-7-2023 09:41 AM
x phm aku generasi skrg yg flex x tentu psl, padahal tipu je
Quote VespaSilbe 27-7-2023 08:11 PM
Iols dok mencari aircond kat pintu kapai.. org aviation kata ada portable aircond sebab dah lama kapai tebang ni bersidai
Quote azimodin 27-7-2023 10:06 PM
Yoonggi replied at 26-7-2023 09:41 AM
x phm aku generasi skrg yg flex x tentu psl, padahal tipu je

Nak jual muka, wajah desa nan permai. Nak jual idea, otak budak kelas belakang. Terpaksa la acah2 kaya supaya boleh jual air liur

Yg perempuan pon apa kurang, tayang bottega.. polene.. pakai spek fendi logo besar2 alam. Tayang balenciaga, gucci, channel, lv.. bila perhati betul2 ada tanda2 melaram fufu.
Quote chiyoasuka 28-7-2023 12:55 AM
kantoi dah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.097325 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top