Selain Alif Satar, Datuk Aaron Aziz, Faizal Tahir, Lisdawati dan Anne Ngasri yang menunaikan haji tahun ini, Zul Ariffin juga berada di tanah suci. Pelakon itu memuat naik gambar terkini di Arafah menjelang waktu berwukuf yang dijangka pada pukul 5.23 petang, waktu Malaysia, hari ini.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, Zul memanjatkan kesyukuran dan kesediaan bagi melaksanakan ibadah yang menghimpunkan 2.5 juta jemaah dari seluruh pelosok dunia. “Alhamdulillah, siap sedia untuk berwukuf,” tulisnya. Terdahulu, pelakon berusia 37 tahun ini memaklumkan berpeluang mengerjakan haji buat pertama kali selepas tiga kali menunaikan umrah. Zul memaklumkan tidak pergi melalui Tabung Haji, sebaliknya menerima jemputan ke sana. SUmber: Utusan
|
nanasno replied at 27-6-2023 04:05 PM
dia baru 37 omg tua iols setahun je. tapi heols kelihatan tuaaaa
winky1 replied at 27-6-2023 08:45 PM
Dah semakin suka kesana. Alhamdulillah.
Pasti sedang mencari jln meninggalkan bidang sekarang namun ...
ADVERTISEMENT