CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersiap-Sedia! Operasi trafik besar-besaran di Kuala Lumpur, Julai ini

27-6-2023 02:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1620| Komen: 19

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur akan menjalankan satu operasi bersepadu secara besar-besaran membabitkan kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara bermula bulan hadapan.

Operasi yang dijalankan bermula 1 hingga 31 Julai berkenaan akan membabitkan agensi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Mohd. Suhaily ketika berucap dalam sidang akhbar pelancaran Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, antara objektif yang difokuskan adalah mengajar serta mendidik warga muda agar patuh arahan jalan raya.

Tambah beliau, dengan adanya disiplin diharap akan timbul rasa tanggungjawab dalam toleransi tinggi semasa memandu khasnya warga kota.

“Kami bertekad mahu memastikan pemandu di Kuala Lumpur tahu undang-undang masih wujud, tidak boleh memandu sesuka hati apatah lagi melanggar lampu isyarat.


“Kita mahu negara kita bergerak ke hadapan dan menjadi negara mahu, tapi adakah tahap keakuran kita pada undang-undang setaraf negara maju?,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.  

Menurut beliau, operasi ini akan melibatkan sekitar 1,000 anggota lain-lain pangkat daripada Polis Kuala Lumpur dibantu agensi penguat kuasa lain dalam menjalankan tugas.

Tegas Suhaily, sebanyak tujuk operasi melanggar peraturan jalan raya digerakkan antaranya Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Plat Pendaftaran Kereta, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

“Sebelum ini pemeriksaan di Bangsar mendapati banyak kenderaan mewah parkir di lokasi tidak sepatutnya. Saya rasa kecewa sedangkan mereka dilihat mampu untuk bayar di parkir disediakan.

“Bukan itu sahaja, buat pemandu warga asing yang memandu tanpa dokumen, mereka ini mencabar kewibawaan JPJ dan PDRM, jika berlaku sebarang kemalangan pihak mereka tidak dilindungi insuran.

“Seterusnya, warga kota sering diganggu dan diugut oleh pihak mangambil keuntungan secara haram di kawasan parkir. Perbuatan ini menyalahi undang-undang Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Suhaily memaklumkan sebanyak 895 kertas siasatan trafik dibuka bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

“Untuk rekod, kesalahan tertinggi adalah halangan iaitu meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalu lintas dengan 311 kes.

“Kemudian diikuti dengan kes lumba haram (180 kes) dan langgar lampu merah (167 kes),” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-6-2023 02:49 PM
Sapa yg dah mati lesen tu jaga2 lah...
Quote bulalof 27-6-2023 02:52 PM
operasi hantar pulang pendatang haram lebih diperlukan.
Quote adizero11 27-6-2023 02:54 PM
Buat jelah xpyh umum..lebih elok buat tiap2 bulan..biar yg lanngar peraturan especiallmat2 rempit kena tindakan yg sepatutnya.
Quote prince_marhaen 27-6-2023 03:37 PM
elok nyehhhhhh KPKL emm....
Quote sharlenetexas 27-6-2023 03:40 PM
prince_marhaen replied at 27-6-2023 03:37 PM
elok nyehhhhhh KPKL emm....

Tuan haily ni dah menduda ke?

Quote otai_g 27-6-2023 03:43 PM
adizero11 replied at 27-6-2023 02:54 PM
Buat jelah xpyh umum..lebih elok buat tiap2 bulan..biar yg lanngar peraturan especiallmat2 rempit ke ...

Kena lah umum. Kalo x nant org kata polis x pandi buat kerja.
Quote afie_m 27-6-2023 04:27 PM
yg bawa roda 3 bukan rakyat malaysia..sila tangkap sekali ya
Quote Orix 27-6-2023 04:30 PM
buang masa. pastu nanti cukup tahun PMX bagi diskaun saman sambil mulut cakap negara xde duit bla3 nak tampung itu ini maka ditarik subsidi, yg kena saman trafik dia bg pengurangan.... mampoooooooo ???
Quote Skuau 27-6-2023 04:33 PM
afie_m replied at 27-6-2023 04:27 PM
yg bawa roda 3 bukan rakyat malaysia..sila tangkap sekali ya


tableh kakak...mana ada...pijak jer bumi Msia ni...siap dh ada nma kt Universiti tu...manusia terpaling di muka bumi..mana vole usik....
Quote ninja boy 27-6-2023 04:34 PM
Nak kutip duit le tu, duit makin susut nak rolling
Quote Firenzza 27-6-2023 04:45 PM
Rohingya pandu keta xde lesen tersenyum sinis
Quote ifanonline 27-6-2023 04:51 PM
tahniah pdrm..anak2 akan menjadi lepas operasi ini
Quote OshinDaSolja 27-6-2023 05:11 PM
check pendatang asing yg bawa kenderaan atas jalan tanpa lesen di KL ni... rohingya tak guna tu rmai bawa motor roda tiga tu yg ada carrier dekat tepi...depa suka p kutip2 besi2 buruk barang2 tepi jalan yg dh tak pkai...pernah aku nmpk moto rohingya ni dukit tengah KL area menghala Bukit Bintang...sangat2 mencemarkan pemandangan dan nmpak tak class langsung... yg geng2 indon pulak suka bawa kereta secondhand jenis proton2 lama tu... tu tak termasuk lg geng2 paki yg bawak van dengan pickup... entah la ada lesen ke tak tu... semua boleh dekat Malaysia ni,,geram naw aku...
Quote nazzse 27-6-2023 05:41 PM
Edited by nazzse at 27-6-2023 09:46 AM
prince_marhaen: elok nyehhhhhh KPKL emm....  


terserempak dia kat Mex highway last week. tegap nyerr body, bawak motor pun handsome.Relax je bawa lane kanan, takda high beam ke apa,sorang dia je
Quote jfq 27-6-2023 05:42 PM
Lepas tu ujung tahun bagi diskaun
Quote Samerosie 27-6-2023 05:45 PM
prince_marhaen replied at 27-6-2023 03:37 PM
elok nyehhhhhh KPKL emm....

Belakang dia pulak cam bung mokhtar...spoil je pemandangan.
Quote Carcosa 27-6-2023 10:29 PM
Dato Suhaily ni, kalau tgk dia tgh brckp dlm news, sungguh choke me daddy, yach
Nmpk lazat berkrim disukai ramai gicheww
Quote takayama 27-6-2023 10:35 PM
tumpukan terutamanya pd warga asing, merata bawa kenderaan roda tiga, proton lama dan juga van. Klu ada lesen xper ni entah yea entah ada lesen memandu. Klu kt bangi ni bangla dan rohingya merata naik motor atau yg roda tiga tu, dok menyelongkar brg2 yg kita nk buang lps tu bukan athu nk kemas dibiorkan aje mmg cam anak hareyyy sgt perangai tu. Klu x nmpk dgn mata sendiri sure dlm hati igt anjing liar rupa2nya manusia yg buat perangai x semenggah
Quote stingerkentot 1-7-2023 10:34 AM
Begitew lehhh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.046813 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top