CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mekanik Kapal Pedofilia Rogol, Rakam Video Porno Anak Saudara

27-6-2023 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2292| Komen: 20

Jijik, seorang pedofilia didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tiga pertuduhan merogol, amang seksual dan merakam video porno anak saudaranya lima tahun lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun itu turut didakwa atas satu pertuduhan kerana memiliki gambar pornografi mangsa, Mei lalu.



Seorang mekanik kapal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan amang seksual, merakam video seks serta merogol anak saudaranya sendiri, lima tahun lalu. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Tertuduh yang merupakan seorang mekanik kapal di Singapura itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim V.M. Mabel Sheela.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa merogol, melakukan perbuatan amang seksual dan merakam video pornografi terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah rumah di taman perumahan di sini pada pukul 1.30 pagi, 1 Ogos 2018.


Dia turut dituduh memiliki pelbagai video dan gambar pornografi kanak-kanak berkenaan di sebuah taman perumahan di Iskandar Puteri pada pukul 9 malam, 24 Mei lalu.

Atas perbuatan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan; Seksyen 5, Seksyen 10 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun atau sebatan. Tertuduh juga berdepan denda sehingga RM10,000.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin memohon mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap setiap pertuduhan sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin diberi.

Mabel Sheela kemudahan menawarkan wang jaminan sebanyak RM8,000 bagi semua pertuduhan kepada tertuduh yang diwakili peguam, Baharudin Baharim, selain menetapkan tarikh 24 Julai untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, difahamkan tertuduh bakal berdepan pendakwaan mahkamah atas kesalahan serupa melibatkan mangsa sama di beberapa negeri lain iaitu di Kedah, Pahang dan Kuala Lumpur.

Kesemua kejadian tersebut dipercayai dilakukan ketika mangsa berada dalam penjagaannya sewaktu musim cuti persekolahan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 27-6-2023 01:55 PM
moga2 konek heols tak naik sampai bebila yach

choiii!
Quote Decaffeinated 27-6-2023 01:59 PM
Ini baru betul pedofile

ada orang konfius seks bawah umur dengan pedofilia

Quote vanillaninja 27-6-2023 02:04 PM
Euww jijiknya. Anak2 heols yang 3 orang tu tak pernah diapa2kan ke?
Quote melekaifc 27-6-2023 02:09 PM
bangsa apa ni?
Quote PULANGKAN 27-6-2023 02:11 PM
ambillah buluh runcing, dan tikam telur dan koneknya

bodo punya pedo, biar ke dalam, sebat 100 kali
Quote Sazreena 27-6-2023 02:41 PM
Mati la ko setan dalam keadaan paling azab!
Quote gigahertz 28-6-2023 12:23 AM
Decaffeinated: Ini baru betul pedofileada orang konfius seks bawah umur dengan pedofilia

dulu ada satu drama . pelakon dia zaidi omar rasanya.
dia berlakon jadi pedo. isteri dia suruh mandikan baby 3 bulan
dia gi koreknya baby punya alat sulit.


Quote allshares 28-6-2023 12:56 AM
Jahat lahanat punya pak sedara. Sbb tu iols takkan benarkan anak bermalam kat mana2 without i or husband. Kalau boleh avoid, avoid lah. Kita taktau sapa musang dikeliling kita. Bahaya gila.
Quote hungryhenry 28-6-2023 01:28 AM
Babi babi babi

Umur 8 tahun. Eii sakit jiwa aku baca berita ni
Quote Tinot7 28-6-2023 06:46 AM
Org mcm ni bg hukuman mati jahh.. bknnya bleh betulkan balik cara pemikiran deme.
Quote TOPwind 28-6-2023 07:16 AM

darah asal India
Quote Perwira2022 28-6-2023 07:17 AM
Ni level marhein.

Yg level pemimpin, mintak nombor telefon budak sekolah.

Tapi yg marhein je kena kutuk. Pemimpin idola ramai yg justify tu takpe, gurau2 saja.... Harkhhtuihhh
Quote takayama 28-6-2023 08:36 AM
sepatutnya anak buah tu dijaga dan dilindungi tp dia kerjarkan anak buah dia. Hrp dia mereput dan sila bg hukuman maksima serta tambah dgn kasi kan aje anu dia tu, bkn aje gila, sewel biol dan mmg nak mampus
Quote myakayina 28-6-2023 08:40 AM
mohon check jgk 3 org anak beliau..sakit hati baca news mcm ni wei..
Quote syazwan92 5-7-2023 10:17 AM
Semoga dalam penjara dia di gangbang berkali2 sampai lobos, dengar cerita org kt dalam penjara kalau tau masuk dalam sebab rogol budak2 memang akan kena la torture hari2...warden pun takkan masuk campur.
Quote hudalarva 5-7-2023 11:00 AM
bahana melayan porno sampai rosak mental... mereput la kau dalam sana
Quote tumpanglalu74 5-7-2023 01:31 PM
Semoge mereput selamenye..
Quote Yoonggi 5-7-2023 01:36 PM
anak ada 3 tp boleh lak buat camtu kt anak sedara sendiri. org mcm ni la kena dijatuhkan hukuman mati.
Quote namr 5-7-2023 02:11 PM
bapak sendiri pun byk yg jadi ikan haruan inikan pulak adik beradik, pakcik dll

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063990 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top