CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh Warga Emas 71 Tahun

27-6-2023 01:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 238| Komen: 0

Melaka: Sepasang kekasih didakwa atas tuduhan membunuh lelaki warga emas yang mayatnya ditemui di dalam longkang, April lalu.

Tertuduh, Noorbaizura Mohd Fuad, 34, dan Muhammad Faris Amjad Jamalludin, 24, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.


Berdasarkan, mereka didakwa bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Tan Kue Seng, 71, di tepi Jalan Gapam, Ayer Keroh, di sini, 9 April lalu, antara 7 pagi hingga 9 pagi.

Noorbaizura Mohd Fuad dan Muhammad Faris Amjad Jamalludin berdepan hukuman mati selepas didakwa membunuh lelaki warga emas, April lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan jika disabitkan membawa hukuman mati.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka.


Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan beberapa laporan termasuk bedah siasat.

Majistret Mazana Sinin kemudian menetapkan kes untuk sebutan serahan dokumen dan lantikan peguam pada 22 Ogos depan.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen 3, Muhammad Faris Amjad mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan merompak dua wanita termasuk seorang warga emas, Mac dan April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK), jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, dan Seksyen 392 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sampai 14 tahun dan dengan denda.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari membantah jaminan atas alasan tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 KK.

Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan permohonan pendakwaan berkaitan jaminan dan menetapkan kedua-dua kes disebut semula pada 1 Ogos depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050459 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top