Nelydia Senrose bersyukur akhirnya ibu tercinta iaitu Rosmizai Mohd Noor dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kata Nelydia atau Nik Zaris Nelysia Nik Sen, 29, doanya ketika berada di Makkah tahun lalu benar-benar termakbul apabila kali ini ibunya pula diberi kesempatan menjejakkan kaki di Tanah Suci. "Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impianku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu menjadi tetamu Allah pula bagai menunaikan haji," katanya di Insta Story. Menerusi video tersebut dia bersama beberapa anggota keluarga lain dilihat menghantar ibunya itu berangkat ke Tanah Suci bagi menyempurnakan ibadah haji.
|
ADVERTISEMENT