CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tandas Wajib Dapat Empat Bintang Baru Lesen Restoran, Kafe Boleh Diperbaharui

27-6-2023 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 172| Komen: 1

Description: Lesen premis tidak diperbaharui jika kebersihan tandas restoran dan kafe di Ipoh tidak memuaskan.Berkuat kuasa Januari tahun depan, semua tandas di restoran dan kafe di bandar raya ini diwajibkan memp ...
Lesen premis tidak diperbaharui jika kebersihan tandas restoran dan kafe di Ipoh tidak memuaskan.

Berkuat kuasa Januari tahun depan, semua tandas di restoran dan kafe di bandar raya ini diwajibkan memperoleh penarafan empat bintang.


Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata tindakan itu adalah usaha pihaknya yang mahu peniaga di bandar raya ini lebih bertanggungjwab dan serius dalam menjaga kebersihan tandas.


Gambar hiasan

Katanya lagi, ia juga bertepatan dengan harapan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memastikan tandas awam mencapai standard 'Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)'.

"Kita memang sentiasa periksa tandas-tandas awam dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kita bagi mereka (masa) sampai hujung tahun ini.

"Kalau mereka (peniaga) tidak boleh naik taraf kepada empat bintang, kemungkinan kita tidak akan perbaharui lesen perniagaan bagi tahun depan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Jun di Dewan Mesyuarat MBI, di sini pada Selasa.

Bagaimanapun menurut Rumaizi, tindakan tegas tersebut hanya akan dilakukan sekiranya pemilik restoran atau kedai makan itu mengambil sikap acuh tak acuh, setelah amaran dikeluarkan.

"Alasan yang selalu mereka beri kalau ditanya tentang tandas kotor ialah pengunjung ramai dan tiada masa untuk bersihkan.

"Sebelum tindakan MBI tidak perbaharui lesen, kita akan beri amaran terlebih dahulu dan beri peluang kepada mereka, jika masih berdegil dan sebagainya maka kita akan batalkan lesen," katanya lagi.

Terdahulu, pada mesyuarat tersebut, salah seorang Ahli Majlis MBI membangkitkan isu tandas awam di beberapa lokasi di bandar raya ini yang begitu kotor dan tidak diselenggara dengan sebaiknya.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat 2,847 premis restoran dan kafe dalam kawasan MBI, dan kesemuanya mencapai tahap kebersihan tandas tiga bintang ke atas.

"Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI terus meningkatkan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan tandas awam di premis makanan mencapai tahap BMW," katanya.

Beliau berkata, sehingga 26 Jun tahun ini, sebanyak 592 daripada 897 tandas premis restoran dan kedai makan yang telah dinilai mencapai tahap empat bintang dan ke atas.

Sebanyak 288 tawaran kompaun bernilai RM67,500 telah dikeluarkan di bawah UUK 4(1) Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan 1981 atas pelbagai kesalahan termasuk kebersihan tandas awam.

"Apa yang berlaku di Ipoh ini sebenarnya ada satu kejutan, sebelum ini Ipoh sunyi saja. Tetapi bila kita gerakkan aktiviti pelancongan, orang ramai datang berganda-ganda.

"Jadi mereka (peniaga) belum biasa, sebagai contoh kita tanya pada bandar pelancongan seperti Cameron Highlands, permulaannya memang begitu... sebab itu kita bagi peniaga di sini masa untuk terima perubahan tersebut," katanya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 27-6-2023 01:14 PM
yeee..
kalau dapor pon mcm jahanam tandas bole imagine lah horror nya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041371 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top